CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netflix Didakwa Sokong Pedofilia, Masyarakat Bantah Pun Buat Tak Endah?

12-9-2020 11:03 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12213| Komen: 38|Original author: Cari-Azza



Gara-gara menyiarkan filem ala-ala l*c*h kanak-kanak, sebuah platform penstriman dikritik hebat netizen pelbagai negara.

'Cuties' yang mengisahkan sekumpulan kanak-kanak berusia 11 tahun yang sanggup melawan ibu bapa demi merealisasikan impian mereka untuk menari 'twerk' didakwa cuba menormalkan perkara yang jelik. 

Foto: twitter

Dengan liuk lentuk ala-ala penari tiang, terkangkang sana-sini serta menggunakan simbol s*ks sangat meloyakan kita yang normal namun ia adalah hidangan kepada penjenayah pedofilia. 


Bagaimana boleh sebuah filem yang pelakonnya kanak-kanak tetapi disiarkan kepada penonton berusia 18 tahun ke atas jika ia bukan untuk golongan pedofilia?

Foto: FB


#CancelNetflix bukan sahaja mendapat perhatian antarabangsa malahan juga di Malaysia. 

Rata-rata netizen pelbagai negara bersatu menggunakan tanda pagar #CancelNetflix sebagai pengajaran kepada saluran tersebut yang sengaja mencabar masyarakat. 

Foto: Twitter

Walaupun gerakan besar-besaran oleh masyarakat supaya Netflix menurunkan cerita tersebut, namun respon oleh syarikat gergasi itu sangat menyedihkan. 

Mereka tidak berhasrat mendengar bantahan sebaliknya meneruskan cerita tersebut. 

Foto: twitter

Hal ini yang menguatkan lagi masyarakat antarabangsa supaya semua orang bersatu membantah filem ini. 

Jadi, anda yang ada Netflix ni dah cancel belum? - CARI



Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 12-9-2020 11:16 AM
Memang pun pro pedo. Baca review iols ori movie hindustan Bulbul mmg uncomfotable pun
Quote djzara81 12-9-2020 11:26 AM
Ok, this is really disgusting to the max. Pelakon2 bdk underage mcm ade Muslim heritage. Google it guys. Bukan pelakon kanak2 US or UK pon. Even movie ala lolita pon director UK or US amik slightly older actors pegang watak prepubescent or teenagers. Where’s the bucket?
Quote krustykrab 12-9-2020 11:39 AM
Menari twerk ni aku tgk lbh krg mcm gelek2 dangdut amelina, mas idayu tu je...geli weiii mcm nk sula je bontot sekor2
Quote cmf_premierleag 12-9-2020 11:52 AM
jgn kata pedo jah
netflix ni pun promo LGBT seks bebas tu sume la
aku mula subscribe netflix sbb nk tgk Fuller House series je sbb rindu nk tgk Full House
lps tu dah x tgk lagi
now iols stick to Amazon Prime ....movies sana sume bagus2
Quote RatuDunia94 12-9-2020 11:57 AM
Jap2. Netflik tu kan platform berbayar. So its YOUR CHOICE utk langgan benda tu. Unlike free national TV like RTM, TV3 etc.. dah tau platform tu lbh byk negatif kenapa subscribe in the first place. Dah tahun 2020 kuasa memilih dh jatuh pada tgn pengguna. Bukan mcm era tv dulu2 di mana pihak stesen tv yg tentukan rancangan apa yg mereka nk siarkan. Jd kita kena hadap je n xde kuasa utk skip the show melainkan TUHTOP TV LEBIH AFDHOLLL bak kata Diva AA.
Quote TomyamPuteh 12-9-2020 01:45 PM
Twerk ni Sgt menjijikkan
Quote pitera 12-9-2020 07:15 PM
Baca td katanya movie ni itself mmg nak tunjukkan exploitasi terhadap budak2. Point utama mmg nak bagi org ‘offended’ and rasa disturbed.

Tapi tu lah, mmg perlu ke tunjuk tarian explicit gitu. Mmg ada 1 scene tu explicit gile tarian dia.
Quote anony-mous 12-9-2020 09:28 PM
another 10y pedo akn tuntut hak seksuality depa sama m gay
Quote hyie 12-9-2020 10:54 PM
saham netflix pun kian merudum yach...cash lah
Quote Skydiva 13-9-2020 09:30 AM
Eh mmg menyakitkan hari betul la netflix ni. I mmg tggu expired je subscription ni pastu mmg xnak renew dah. Cerita yg ade dalam tu mmg versi porn pny. Sakit hati bile nk search movie, awal die akn kuar poster movie yg x elok. Anak sedara kat sebelah tgk semua, geram btol!! Dah la org msia ni h*rny ke ape sbb yg trending no.1 selalu cerita mcm 50 shades of grey mcm tu semua. Nk subscribe iptv je pasni. Astro dh tutup, netflix next.
Quote annehuda 13-9-2020 10:18 AM
Netflix ni mmg dr dulu ada yg suspek ada kaitan ngan penggubalan wang haram. Ye la kalau kt malaysia pun fee die baru rm17 je sebulan utk 1 user. Astro pun lg mahal. Pastu takde iklan. And netflix pun bleh buat movie gred b gred c tp pakai pelakon gred a. Mane dpt duit tu?
Quote gideoncross 13-9-2020 07:15 PM
cmf_premierleag replied at 12-9-2020 11:52 AM
jgn kata pedo jah
netflix ni pun promo LGBT seks bebas tu sume la
aku mula subscribe netflix sbb  ...

Netflix mmg bnyk bnda2 R-rated pun, x kisah.
Quote gideoncross 13-9-2020 07:29 PM
Pedos ni mmg brleluasa kat US, mlibatkn org2 pnting, mungkin org2 atasan Netflix pun ada yg trlibat. Mungkin ni lh sbbnya kna Netflix x pduli.
Quote gideoncross 13-9-2020 07:31 PM
djzara81 replied at 12-9-2020 11:26 AM
Ok, this is really disgusting to the max. Pelakon2 bdk underage mcm ade Muslim heritage. Google it g ...

Iol bru check psl Cuties ni, rupa2nya French-based series pastu child actors nya pun asal Muslim.
Quote gideoncross 13-9-2020 07:33 PM
Movies ni psl pedos & cam mnghina Islam gak, rude af segini.
Quote CinnamonR 13-9-2020 09:06 PM
Memang teruk betul..budak yg belakon ni pun ntah berapa la bayaran dpt n rasenye mmg mangse pedola
Quote solarlunar 13-9-2020 09:41 PM
KIM.K replied at 12-9-2020 11:16 AM
Memang pun pro pedo. Baca review iols ori movie hindustan Bulbul mmg uncomfotable pun

Ya. Bab child bride tu mmg uncomfortable and aniaya that girl. Kene pukul dgn suami pastu suami blah mcm tu. Pastu kene rogol plak dgn si gila tu. Finally reincarnated jd chudrel.
Quote djzara81 13-9-2020 10:20 PM
gideoncross replied at 13-9-2020 07:31 PM
Iol bru check psl Cuties ni, rupa2nya French-based series pastu child actors nya pun asal Muslim.
...

Tula psl. Bila bc sinopsis, dia nak highlight isu semasa psl dilema si Amy. Bagi aku byk lagi cara lain yg bole si Mouna tu sampaikan message. Byk cite coming of age yg tunjuk girls having fun by dancing or singing tapi lebih sopan & director plak bukan Muslim. Ni ore islam (still?) yg terover plak.
Quote akies 14-9-2020 01:30 AM
Mujur tk langgan netflix.
Tv yang ada skrg pun jarang tgk

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058922 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top