Betul kah uniform sekolah membebankan pelajar-pelajar? Begitulah yang diutarakan oleh pengacara RTM, Sayed Munawar yang mengusulkan agar pemakaian uniform digantikan dengan pemakaian lain supaya pembelajaran lebih menyeronokkan. Bagi Sayed Munawar, cadangannya itu supaya pelajar merasa lebih segar dan positif. Namun ianya menimbulkan rasa kurang senang kepada pengguna Twitter yang tidak bersetuju dengan idea tersebut.
Bagi mereka, ketiadaan uniform hanya akan menimbulkan jurang yang lebih besar antara golongan kaya dan miskin. Ianya sama seperti situasi di Insitut Pengajian Tinggi yang mana pelajar kaya akan bergaya mewah sementara pelajar miskin, usahkan baju, nak makan pun terpaksa bercatu. Malahan, idea tersebut lebih banyak buruk berbanding baik. Ini kerana akan menimbulkan perbandingan sesama pelajar. Sedangkan usia bawah 18 tahun sepatutnya belajar bahawa tiada apa yang membezakan mereka. Kejayaan perlu diukur menerusi pencapaian akademik, sahsiah dan bukannya baju apa. "Anak-anak akan lebih fokus kepada hal yang sepatutnya, bukannya baju atau tudung siapa lebih cantik dan mahal." Jadi, netizen sudah menyatakan yang uniform bukannya membebankan. Berbanding memberikan idea yang tidak relevan, sebaiknya cadangkan supaya subsidi diberikan untuk membantu mereka yang tidak mampu. Apa kata anda? - CARI |
Atata replied at 13-9-2020 08:06 AM
Baju budak skrg dgn necktie, dgn vest. Entah apa2. Tie tu lelaki p kerja pun tak pakai tie hari2 mcm ...
TomyamPuteh replied at 13-9-2020 08:10 AM
Si munawar ni sape? Menteri?
AbukRokok replied at 13-9-2020 08:23 AM
bana apa sekolah wajibkan baju batik baju korporat? idea sapa?
cap_ayam replied at 13-9-2020 08:42 AM
maksudnya tshirt seragam sekolah kot.. mcm budak2 pakai baju pj tu.
ADVERTISEMENT