CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sia-sia Potong Tangan Untuk Tuntut Insurans Tapi Kantoi

14-9-2020 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12910| Komen: 33

Wanita sanggup memotong tangan sendiri untuk menuntut manfaat insurans.

Lapor Sky News seperti dipetik Harian Metro, Julija Adlesic, 22, dari Slovenia memotong pergelangan tangan kiri menggunakan mesin pemotong sebelum membuat tuntutan manfaat hilang upaya akibat cacat kekal membabitkan nilai 1 juta euro (RM4.9 juta).



Kredit foto: Sky News

Dia sebaliknya dihukum penjara dua tahun selepas 'kantoi' melakukan penipuan insurans, manakala teman lelakinya yang bersubahat dihukum penjara tiga tahun. Malah, bapa lelaki itu turut dipenjara setahun kerana melakukan kesalahan sama.

Difahamkan, setahun sebelum kejadian wanita itu mengambil lima polisi insurans dengan beberapa syarikat insurans sebelum memotong pergelangan tangannya dengan bantuan dua lelaki terbabit.

Julija kemudian mendapatkan rawatan di hospital dan mendakwa kecederaan berlaku ketika menggunakan mesin gergaji bagi memotong dahan kayu.


Dia menyangkakan akan menerima ganti rugi lebih tinggi jika meninggalkan pergelangan tangannya ketika mendapatkan rawatan di hospital. Bagaimanapun, pergelangan tangannya itu kemudian ditemui pihak hospital sebelum ia dijahit semula ke tangannya.


Kredit foto: The Sun

Berikutan itu, satu siasatan dijalankan sebelum pasangan kekasih terbabit bersama beberapa ahli keluarganya ditahan pihak berkuasa. - CARI
1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • fishflake

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 14-9-2020 10:24 AM
Muka lawa cmni klau kat msia jadi instafemes senang hidup x payah nak tipu insuran...puluh2 ribu followers je dh blh wat review produk timbang kati. Maybe kat europe sana xde produk timbang kati kot.
Quote sarah82 14-9-2020 10:43 AM
Edited by sarah82 at 14-9-2020 10:44 AM

Gila laaah.....mujur boleh sambung
Quote kuzaime 14-9-2020 10:51 AM
Terdesak sangat ke apa??
Quote mzzenma 14-9-2020 11:03 AM
sekali pandang macam amber heard. gila pun macam amber heard..
Quote mdhelmi 14-9-2020 11:08 AM
kot ye pon baru nk test klentong sokso
kerat jari dulu la
Quote Zack8hunter 14-9-2020 11:31 AM
nekad nyer ko dik..
Quote matjerk 14-9-2020 11:35 AM
Dia kena  mai malaysia..meniaga product timbang kilo..... rupa plak ada... tinggal lagi suntik silikon je...
.automatic jadi jutawan kosmetik
Quote minguk 14-9-2020 11:58 AM
emmm demi duit yang nak berjoli ketika muda.
Quote Kurex 14-9-2020 12:00 PM
Duit tak dapat, boipren pun tak dapat.. adan uke
Quote djzara81 14-9-2020 12:21 PM
Muka cantik tapi akal pendek
Quote rosevelvet 14-9-2020 12:22 PM
Duit byk ko nk hape dik. Xde nilai kalau compare dgn nikmat  anggota n organ
Quote Artemesiaa 14-9-2020 12:29 PM
Kerja sia2 yang dapat hanya penat kesakitan dan parut berkekalan
Quote TomyamPuteh 14-9-2020 12:52 PM
Dgn duit org bijak pon blh jd bodoh
Quote pinklepie 14-9-2020 01:01 PM
Demi duit ramai manusia sanggup buat apa sahaja
Quote RatuDunia94 14-9-2020 01:13 PM
Datang je malaysia.. berlambak je kerabat2 soltan nk amik jd bini.
Quote RatuDunia94 14-9-2020 01:14 PM
grouper replied at 14-9-2020 10:24 AM
Muka lawa cmni klau kat msia jadi instafemes senang hidup x payah nak tipu insuran...puluh2 ribu fol ...


Kena faham.. kat sana persaingan hebat.. serakat muka2 kokesen homeless gred d x dipandang...
Quote dewi_rina 14-9-2020 01:15 PM
Erkk scary nya, kat Malaysia ni senang cari duit
Buat tiktok ke buatlah apa2 yg bengap
Terus jadi kaya raya.. Jual kek mamasab pun boleh dapat juta2
Quote nanasno 14-9-2020 01:58 PM
grouper replied at 14-9-2020 10:24 AM
Muka lawa cmni klau kat msia jadi instafemes senang hidup x payah nak tipu insuran...puluh2 ribu fol ...

sebab kat sana semua muka pesen macam dia je. semua cantik so macam tak heran. kat malaysia lain la.
Quote Gomea 14-9-2020 02:08 PM
Dulu masa kat kilang lama, ada member citer sorang brother ni ade masalah duit. Dia minum ubat batuk 3-4 botol lepas tu hulur jari dalam mesin. Putus... Dapat duit terus resign.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046812 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top