Ismail Izzani dah mula serius dalam bidang lakonan. Sebelum ini dia mencuba nasib menjadi pelakon kerana selesa bergandingan dengan Nabila Razali.
"Awal-awal dulu berlakon untuk ambil pengalam sahaja, lebih-lebih bila tahu Nabila adalah salah seorang pelakonnya. Dia punca saya setuju! Mungkin sebab kami saling kenal, jadi proses penggambara berjalan lancar dan saya tak kekok. "Berlakon dengan orang baharu umpama pengalaman baharu, rasa gementar dia lain macam," katanya kepada mStar. Dalam masa yang sama, Ismail kini bersedia menerokai dunia lakonan dan memperbaiki mutu lakonan. Banyak teknik lakonan dipelajari dengan Naim Daniel.
"Kalau ada rezeki dalam bidang ini saya terima sahaja dan akan terus belajar dari kesilapan. Saya mahu serius mencari ilmu lakonan. Cuma harapan saya penonton akan terima lakonan saya walaupun akan nampak kayu sedikit," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|