Seorang lelaki melarikan teman wanitanya sebaik sebutan kes di Mahkamah Sesyen Raub, semalam. Berikutan kejadian 4.30 petang itu, kedua-dua mereka yang melarikan diri dengan menaiki motosikal kini diburu polis, lapor Harian Metro.
"Ketika kejadian anggota polis wanita bertugas mengiringi 12 orang kena tahan (OKT) naik ke lori polis untuk di bawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub petang semalam dan seorang daripadanya adalah wanita. "Semasa sedang memerhatikan OKT menaiki lori, tiba-tiba datang seorang lelaki Melayu menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna hitam dari arah belakang anggota polis dan terus berhenti di tepi OKT wanita terbabit. "OKT wanita itu kemudian melompat ke atas motosikal dan penunggang (motosikal) terus memecut laju meninggalkan perkarangan parkir mahkamah," kata Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed.
Difahamkan, mereka melarikan diri dalam keadaan dua tangan wanita itu masih bergari. Tambahnya, anggota yang cuba menghalang pasangan itu melarikan diri juga gagal apabila terjatuh ketika mengejar motosikal dinaiki mereka. "Wanita berusia 23 tahun berasal dari Kampung Ulu Lepar Dong, Raub itu sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Raub semalam dan mengaku tidak bersalah dan sebutan semula kes pada 29 September depan. "Dia dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (1) ADB 1952," katanya. Polis juga sudah mengenal pasti lelaki terbabit berasal dari Kampung Pulau Kabong Budu, Benta, Lipis dan usaha mengesan pasangan itu giat dijalankan. - CARI
|
Pink_Purple replied at 15-9-2020 02:08 AM
nak lari ke mana..
esok lusa dapat cekup balik
macaiPH replied at 15-9-2020 10:08 AM
kau dengan dia sapa lagi cun?
Pink_Purple replied at 15-9-2020 02:10 AM
OKT ni cun tak?
macaiPH replied at 15-9-2020 10:10 AM
boleh lah
tak mekap kan???
Pink_Purple replied at 15-9-2020 02:15 AM
tak cun sangat pun, tapi ada lelaki sanggup pertaruh segalanya untuk "selamatkan" dia,
nak jadi ...
miemiecha replied at 15-9-2020 02:52 AM
asal muka OKT sama mcm muka pelakon yg laki dia dato tu..
amende nama,...
macaiPH replied at 15-9-2020 11:58 AM
punya la jauh rupa orang tu berdua acik
macaiPH replied at 15-9-2020 10:35 AM
itu bukan cun
itu mengundang bala lgbt
ADVERTISEMENT