Louis Vuitton atau singkatannya LV, jenama barangan mewah terkenal dari Perancis sering menarik perhatian ramai dan rebutan golongan berkemampuan kerana rekaannya yang sangat teliti dan ekslusif. Terbaru, LV memperkenalkan pelindung muka ciptaannya sebagai salah satu koleksi 2021 Cruise Collection yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kebiasaannya, pelindung muka seumpamanya berharga sekitar RM4.90 setiap satu.
Namun, berbeza dengan pelindung muka keluaran LV, setiap satu pelindung muka ini mencecah sehingga RM4,000!
Nampak macam tiada apa yang berbeza dengan pelindung muka biasa kerana ia tetap mempunyai fungsi melindungi individu daripada jangkitan wabak COVID-19. Tapi itulah, jenama LV kan. Sudah pasti ada pembelinya berebut nanti. - CARI
|
sarah82 replied at 14-9-2020 01:54 PM
Akhirnya.. Aku tengok kat IG semlm.. Ramai juga omputeh kutuk
allshares replied at 14-9-2020 02:06 PM
Rasa Alip sukeri dan bibik Yusuf antara org pertama di msia yg akan beli
gadget replied at 14-9-2020 02:53 PM
tau takpe...
dengar tu @pooh~key
ADVERTISEMENT