Media sosial bukan sekadar berkongsi kenangan, tetapi kini kerap dibanjiri dengan kemewahan yang dipamerkan selebriti dan usahawan, diiringi dengan cerita sedih pada permulaan hinggalah menjadi kaya raya di usia semuda 23 tahun. Semuanya dimomokkan dengan motivasi nahawa kejayaan akan menyusul dengan usaha dan pengorbanan. Akhir sekali, biasanya diakhiri dengan meminta pembaca menyertai mereka sebagai usahawan menjual produk yang menjadikan mereka kaya. Fenomena inilah yang mahu diredakan oleh netizen yang lebih matang bahawa kejayaan bukanlah dinilai dari kebendaan semata-mata. Ianya lebih besar dari itu. Jangan terlalu terpengaruh dengan dakwaan 'influencer' atau usahawan cepat kaya. Tidak semua yang kaya itu bahagia. Menurut Effi, ukuran kejayaan seseorang tidak akan sama dengan individu lain. Jika anda merasakan ia sudah mencukupi, maka berbahagialah dengan apa adanya. Pandangannya itu turut dipersetujui rata-rata netizen yang bosan dengan hantaran-hantaran kejayaan sebegini. |
AbukRokok: sbb tu la masyarakat semakin tertekan dan tidak bahagia
anakmak: Aku 42No Alphard No VellfireHanya Fortuner usia 12 tahunNo banglo No 3 level superlink terrace houseNo Chanel No Birkin No HermesCoach pun takdak No C ...
ADVERTISEMENT