CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hairul Azreen Teringin Berlakon Filem Hollywood

21-9-2020 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10436| Komen: 72

Laris di layar perak membuatkan kemunculan Hairul Azreen di kaca Tv amatlah jarang.

Kalau ada pun sekadar membuat kemunculan istimewa.


Namun hati Hairul terbuka apbila menerima tawaran daripada syarikat A Aida Production menerusi telefilem Kain Kapan Berbisik.


"Diakui memang sudah lama tak berlakon telefilem. Apabila dapat tawaran ini ia kena pula dengan masa dan jadual saya. Tambahan pula pelakon, pengarah dan produksi semuanya menarik.

"Apabila saya dipanggil ke pejabat, saya bertanya juga cerita apa. Selepas baca skrip, saya terus suka. Sebab dalam telefilem ini elemen dan 'plot twist' yang diketangahkan sangat menarik," katanya seperti dipetik di Harian Metro.



Namun katanya keputusan untuk berlakon dalam telefilem itu bukan untuk mengisi masa terluang.

"Ini bukan mengisi masa lapang, tapi ini punca rezeki saya sebagai pelakon. Dalam masa sama, saya nak juga berkongsi pengalaman bersama pelakon lain seperti Ummi Nazeera yang mana kami pertama kali berlakon bersama.

"Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini adalah projek pertama saya. Kiranya agak lama juga. Sebab hujung tahun baru saya ada satu filem aksi. Itu saya mula berlatih bulan depan.

"Ini bukan filem unit beruniform, tapi filem aksi saja. Lebih kurang macam filem Wira juga," tambahnya.

Foto: IG
Suami kepada Haniz Zalikha ini juga bersyukur usaha dan kerja kerasnya ke arah pembabitan dalam filem aksi kian mendapat perhatian.

"Buat filem aksi menuntut komitmen besar. Saya kalau nak buat biar ia berbaloi. Jadi saya cuba, sebab saya minat. Saya banyak rujuk pada Hollywood yang mana mereka diberi masa enam bulan persiapan sebelum filem.

"Mungkin untuk filem kita tak dapat peluang itu. Jadi, saya buat inisiatif sendiri dengan pergi berlatih dan buat badan."


Kejayaanya dalam filem Paskal menjadikan Hairul antara pelakon yang mendapat permintaan tinggi dalam melakonkan filem aksi.

Bayaran juga lumayan sesuai dengan komitmen yang diberi.

"Alhamdulillah, orang pandang saya sebagai hero aksi selepas filem Paskal. Cuma dari segi lain, saya tak tahu. Saya tak nampak perkara itu. Apa saya buat adalah, apabila dapat sesuatu projek, saya akan fokus. Tapi, alhamdulillah ada saja rezeki itu sebab saya minat.

"Saya bermula dengan bidang lagak ngeri dan kemudian menyertai program Fear Factor untuk tunjuk pada orang yang saya boleh buat aksi. Tapi, tak menjadi.


"Tapi, apabila dapat filem Paskal, saya puas hati sebab sampai hari ini filem itu masih diperkatan selain mendapat kutipan tertinggi filem patriotik. Jadi, ia satu kepuasan untuk saya.

"Dulu saya pernah berlakon filem cinta, remaja, komedi dan lain-lain. Jadi, saya sudah buat hampir semua genre. Mungkin ada orang kenal saya ketika berlakon dalam Paskal. Selepas Paskal saya buat Polis Evo 2 dan Wira.


"Jadi, orang nampak saya buat aksi saja. Mungkin mereka tak kenal saya sebelum itu. Tapi, tak apa sebab saya tahu diri sendiri yang mana ada fokus, sasaran dan impian. Impian saya nak ke Hollywood.

"Alhamdulillah, Wira menaikkan nama filem kita dan saya sendiri. Malah, beberapa pelakon, pelakon lagak negeri dan 'stand in' Hollywwod sudah 'follow' saya di IG. Saya rasa macam satu pencapaian untuk saya." -CARI

1

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 21-9-2020 05:01 PM
wow.. hebatnya beliau. tania. tapi cita2 nak ke hollywood tu.. bukan menidakkan tp aku rasa mutu lakonan ko nak capai top 10 taraf mesia pun alahaiii...
Quote Nana_Man 21-9-2020 05:03 PM
Good to aim high!!! Hairul ngan bujibu menang patut blakon kat hollywood dari dulu. Rugi producers sana tak bwk dia blakon citer omputeh.
Quote siq 21-9-2020 05:08 PM
eh jijik la dgn dia ni.. dialog bahasa malaysia pun tak lepas..

boleh la berlakon jadi props kat hollywood tu.. tiang telefon ka, pili bomba ka..
Quote TomyamPuteh 21-9-2020 05:12 PM
Ye ye. Awak mmg layak pon{:thief
Quote matchstick 21-9-2020 05:13 PM
Cerita retis kayu berangan pun nk kena buka thread ke
Quote CocoCily 21-9-2020 05:15 PM
mmmm...
Quote salamon 21-9-2020 05:16 PM
Xde ke acik2 porum yg verair tgk body kekrul ni
Quote mieymiey 21-9-2020 05:17 PM
Cerita pasal heols nak berlakon Hollywood bukan cerita lama ker?
Dengan adanya Keknis sebagai guru heols, pasti impian heols akan tercapai yach.
Quote Boomibulat 21-9-2020 05:27 PM
Brutalnya tajuk drama..Kain kapan berbisik..?kalau zul kapan berbisik ok lg..
Quote Kurex 21-9-2020 05:30 PM
Kekrul berlakonlah bawah production Sean Cody.... Btw sedapnya badan... Semoga dapat tersandar dekat dada kekrul apabila penat
Quote Kurex 21-9-2020 05:32 PM
Kekrul berlakonlah bawah production Sean Cody.... Btw sedapnya badan... Semoga dapat tersandar dekat dada kekrul apabila penat
Quote pichee 21-9-2020 05:36 PM
Berlakon hollywood kne ada kiss2.. Sanggup ke keknis bg nnt
Quote Redmyvi 21-9-2020 06:06 PM
aku rasa dia berangan nk jd mcm tony jaa kot.. kn dia suka berlakon filem2 aksi cmtu.. tony jaa tu dri cite ongbak terus pi hollywood..  
Quote mamajawie 21-9-2020 06:12 PM
muntah ijo da la kayu kayan
Quote inspektoremos21 21-9-2020 06:35 PM
Tiba2 fast & furious 10 nanti ada hairul ni berlakon
Quote miss_perfect 21-9-2020 06:38 PM
Dia ni nak kata berbakat sangat tak la tapi rezeki dia murah... tapi aku memang tak boleh la tengok filem2 dia ni.
Quote Orix 21-9-2020 06:59 PM
drpd herol ni helokk lg ariff aziz
Quote shysari 21-9-2020 07:40 PM
Cite Pasal Kau (yg  kata kisah hidup sendiri )tu pun copy  filem hollywood jugak kan
Quote lavendernovella 21-9-2020 07:48 PM
Kain kapan berbisik?????????

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.039776 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top