CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Surprise Bini Pun Panggil Wartawan" - Azad Jasmin, Eira Syazira Dikritik

22-9-2020 11:32 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 21050| Komen: 91|Original author: Oleh: Cari-Azza






Apabila pihak media sendiri memaparkan gaya hidup artis sebagai berita mereka, ia mendapat pandangan yang berbelah bahagi. Ada yang menyukainya dan ada juga yang mengkritik paparan tersebut.

Terbaharu, majlis kejutan ulang tahun perkahwinan ke-9 oleh Azad Jasmin kepada isterinya, Eira Syazira diperkatakan. Sebanyak lima hantaran mengenainya disiarkan di portal ABPBH_32.

Mengapa cerita yang tiada kena mengena dengan industri hiburan mendapat liputan sebegitu hebat?



Ia turut mendapat kritikan daripada pemerhati dunia hiburan Sepit Siput yang menyatakan ianya seperti dibuat-buat.


Foto :IG

Bagaikan irama pantun, Sepit Siput melontarkannya di IG Story


"Zaman dulu panggil wartawan bila ada produk seni
Zaman sekarang panggil wartawan sebab nak surprise bini."


Foto : IG

Sementara itu, dalam ucapannya, Eira turut mendoakan kebahagian mereka berdua sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Sepit Siput pernah menyuarakan mengenai penglibatan gergasi media yang agak tersasar dari landasan. Sudahlah portal-portal hiburan yang bercambah ini menyiarkan gosip, kini bertambah lagi apabila membuat liputan peristiwa yang tiada kena mengena. Sebagai contoh, pelancaran produk oleh artis atau kejayaan artis berniaga.


Foto : IG

Hal ini membuatkan artis mendapat publisiti percuma, sekali gus menenggelamkan berita hiburan yang sepatutnya.

Jadi, anda rasa bagaimana? Media perlu kekal relevan dengan berita seni atau terus mencari berita sebegini? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 22-9-2020 11:34 AM
artis lagi ke dorang ni? takde produk seni terbaru pun.
Quote matbad 22-9-2020 11:36 AM
Tak ada berita org tak baca plak..biaqla org menyampah jnji ada berita walaupun hampas gas haha
Quote Acikgomen 22-9-2020 11:37 AM
Bukan wartawan cari pun sama kerrrrr
Bukak tered semua citer sampah
Quote Orix 22-9-2020 11:39 AM
curlasttttt arwah pitput aka roh bergentayangan @katibism  punya content di ig jd berita di bodgos yach
Quote mamajawie 22-9-2020 11:41 AM
si parpu laki bini da sendu di aidilfitri so panggil la wartawan demi nak naikkan balik nama deyollsss..
Quote KIM.K 22-9-2020 11:43 AM
Bak kata Ezurin Khyra carilah laki yang reti surprise, vacation and gifts. Know your worth gitew
Quote lasagna 22-9-2020 11:51 AM
waaa rindu kakak sepit siput di forum cari...
kena lah panggil reporter kang org tak tau plak pak azad syg bini  
Quote manehnya 22-9-2020 11:56 AM
Muka x penah nmpak kt tv now days, apa yg depa perasan srupa glemer sgt idop depa...
Quote puanbintang 22-9-2020 11:58 AM
no choice...wartawan pun cari makan jugak...yang artis pulak dah sendu sendi ni, mg kenalah up macam2 benda janji disebut2 seantero alam
Quote LadyCarefree 22-9-2020 12:03 PM
Menipu je surprise. Konon. Menyampah baca kapsyen2 macam tu. Cliche. Yulks. iols suka style tomok. Simple je selalu. Cukuplah bini dia tahu detail2 in private
Quote Belibis 22-9-2020 12:03 PM
taji2906: artis lagi ke dorang ni? takde produk seni terbaru pun.

Artis kan sign sampai mati,walaupun dah bertahun tak aktif.
Quote mummyhakim 22-9-2020 12:14 PM
hemmm..bila azad nk bayar hutang event ni hahhhhhhhhh
dah tunggak lama dah ni
Quote febreze 22-9-2020 12:20 PM
ada dapat jam rolex tak? {:smile
Quote kakyungpilah85 22-9-2020 12:20 PM
Relevan lagi ke diorang ni dalam industri sampai nak panggil2 wartawan bagai?? Hutang dolu2 tu dah bayar ke belum? Tambah lagi hutang baru
Quote haruslah 22-9-2020 12:23 PM
so ape sepraisss diorg?
sanding lg skali ke?
Quote kirana_22 22-9-2020 12:25 PM
Story pasal kerja2 sapa nak baca so boring hokeh x membangun minda sekelian bawangs
Sapa retis in krisis, gaduh ngan pasangan, putus cinta, lalu mahkamah, terpeknen, boyfriend bg hadiah tu yg org duk cari.
Lagi2 forumer2 kt cni
Quote Andyscenes 22-9-2020 12:33 PM
kak sepit rindu uols
Quote Asdira 22-9-2020 12:34 PM
Mcm tah hapa2 jer..
Quote DayangKirana 22-9-2020 12:36 PM
nama pon retis...
hidup nk sentiasa ade gimik walau sampah camane skalipun..

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037319 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top