Penyanyi Ashira mendedahkan hilang punca pendapatan hingga dihalau keluar dari rumah sewanya sehari selepas mendapat berita layak menyertai Gegar Vaganza 7 (GV7). Kongsi Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, kepada Gempak, buat masa ini dia menumpang di rumah kakaknya selepas enam bulan gagal membayar sewa sebanyak RM1,200 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
"Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan hilang punca pendapatan. Sebelum ini, saya menyanyi di sebuah kelab malam tapi sekarang kan tak dibenarkan buka sebab itu saya tak ada income. "Saya ada cuba pelbagai cara untuk survive dengan menjual laksa dan tolong kawan berniaga secara online tapi nampak gayanya semua tak menjadi dan saya cuba benda lain juga... buat live di Bigo," dedahnya. Kata penyanyi lagu Di Ombak Resah itu, walaupun cukup membayar bil elektrik dan air, tetapi wang yang ada tidak mencukupi untuk menjelaskan sewa rumah.
"Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam RM100 macam itu," katanya yang diminta memulangkan kunci semalam. Lebih menyedihkan, Ashira yang tinggal berdua bersama anak lelakinya, Megat Shazril Haziq Hadi, 14, selepas bercerai lima tahun lalu terpaksa berpisah dengan anaknya itu yang tinggal di rumah kakaknya seorang lagi membuat dia rasa lemah semangat dan hilang keyakinan.
|
miszclassique replied at 23-9-2020 11:30 AM
Tapi rambut tetap bercolour ye dalam takde duit pun. Kerlasssss
ADVERTISEMENT