Ramai selebriti muda negara ini sekarang berani tampil mengaku mereka kini bergelar jutawan. Bagi Datuk Rosyam Nor, beliau menghormati tindakan mereka kerana baginya mengaku jutawan itu hak masing-masing.
"Pada saya terpulang mereka untuk mengaku diri sudah bergelar jutawan kerana berjaya dalam perniagaan diusahakan. Untuk saya, cukuplah hanya dikenali ahli perniagaan yang aktif dalam bisnes. "Gelaran jutawan atau tidak itu, biarlah kerana difinisi saya untuk bergelar jutawan, seseorang itu sudah pasti memiliki wang tunai atau simpanan berjumlah jutaan ringgit. "Untuk saya, setakat ini masih ada banyak hutang perlu diselesaikan dan tak sesuai rasanya dengan gelaran (jutawan) berkenaan. Lagi pun, apabila berani mengaku sudah jutawan semestinya ada pro dan kontra.
"Dari aspek pro, boleh kita lihat kejayaan sudah jutawan itu mampu dijadikan inspirasi oleh orang ramai untuk lebih berusaha hingga berjaya. Manakala, kontranya ialah perihal keselamatan yang memerlukan kita lebih berhati-hati dan waspada," katanya seperti dipetik di Harian Metro.
|
Suchi replied at 23-9-2020 01:53 PM
Dia ni nampakla buat real bisnes, dan lama juga bekecimpung bukannya setahun dua.
Kaktusmati replied at 23-9-2020 03:24 PM
pernah tengok rancangan apa ntah yang dia tunjuk tanah dia bnyk ekar..
dia ada tanam pokok buah tak ...
zeitabaei replied at 23-9-2020 03:29 PM
Ye dia dpt tanah utk usaha kan nangka madu. Kat pahang tu 70 percent dia punya la tu.. Yg nak ke k ...
Redmyvi: Pasaraya dia still ada lg ker ??
ADVERTISEMENT