Ramai yang mempersoalkan keputusan Noraniza Idris untuk menyertai Gegar Vaganza 7 kerana didakwa tak sesuai dengannya yang sudah bertaraf legenda.
Namun penyanyi ini ada alasannya yang tersendiri. "Apa yang dilakukan demi masa depan muzik Irama Malaysia. Saya lebih melihat kepada peluang yang diperoleh selepas menyertai program ini. Saya, seorang penggemar muzik irama tradisional yang tegar. "Sebelum ini, saya agak sukar membawa irama ini ke depan. Justeru, apabila orang melihat saya di pentas berkenaan, dapatlah juga menarik irama ini untuk bersama saya. Bukan mudah menyertai pertandingan kerana banyak tekanan yang bakal dihadapi, tetapi saya bersedia untuk kembali belajar.
"Saya tak pernah belajar vokal sepanjang lebih tiga dekad dalam bidang nyanyian. Untuk program GV7, pihak pengurusan menyediakan seorang guru untuk melatih saya. Jujurnya, saya tak yakin mahu menyertainya jika berseorangan," katanya kepada Berita Harian.
|
Belibis replied at 24-9-2020 12:57 PM
Penunggang agama jugak la niii.
Kalau solat hajat untuk beli nombor,dan dapat 1st prize.kira Allah ...
Perk77 replied at 24-9-2020 01:43 PM
Tadi Aku ade baca Kak ani ni kata bukan level dia masuk GV...
wak_pijah replied at 24-9-2020 01:48 PM
Dah tu dia masuk jugak gapo? Acik ni dari dulu mmg suka membongak kan dan perasan terlalu cun
ADVERTISEMENT