CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amy Menjauhi Kumpulan Search Selepas Undur Diri

24-9-2020 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22448| Komen: 89

Mac lepas, Amy mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Search.

Sejak itu dia didakwa menjauhkan diri dari kumpulan legenda tersebut.


Pemain bass Search, Nasir Daud kata dia tidak menerima sebarang berita daripada Amy.

Foto: Google
"Saya ada menghubungi Amy sekali, tetapi tidak berjawab selepas pengumuman pengunduran diri, tetapi anggota Search lain tiada menghubunginya.

"Bukan kami bermusuhan, tetapi Amy memilih untuk menyepikan diri. Mungkin Amy belum bersedia mahu bercakap.

"Kami tidak mahu bermusuh dengan Amy, jadi walaupun tanpanya, kami tetap meneruskan Search kerana ini adalah kerjaya kami. Search perlu terus berjalan ke hadapan memperjuangkan rock Melayu," katanya kepada BH Online.


Foto: Nur Adibah Ahmad Izam
Nasir menambah mereka akan meneruskan legasi Search dan tetap melangkah tanpa henti.

"Setakat ini, apa yang semua nampak, saya, Din dan Kid masih meneruskan perjuangan Search. Kami bertiga adalah tiang, tunggak dan sendi kepada Search.

"Bunyian Search ada pada tiga orang ini. Search bukan hak milik seseorang, ia mewakili satu kumpulan yang semuanya memberi sumbangan kepada kumpulan ini hingga hari ini.

"Jadi, tidak pernah timbul persoalan Search hilang daripada radar. Kami akan meneruskan tanpa noktah dengan bantuan rakan seperti Datuk Awie menerusi Konsert Cinta Buatan Malaysia."

Foto: Nur Adibah Ahmad Izam
Bagaimanapun dia menafikan bahawa Awie pengganti Amy.

"Awie mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dijaga, jadi dia hanyalah sebagai pengisi kekosongan dan ruang yang diperlukan.

"Beliau memang baik hati dan mahu membantu Search selagi kami memerlukannya.

"Saya rasa kami saling memerlukan dan membantu. Lagipun, tak ramai mempunyai bakat seperti Awie sebab bentuk lagu Search berbeza, tak ramai yang mampu menyampaikannya dengan baik." -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wak_pijah 24-9-2020 01:35 PM
Skeletal nya kid
Quote stingerstorm 24-9-2020 01:37 PM
Phewiiiitttttt
Quote stingerstorm 24-9-2020 01:37 PM
wak_pijah replied at 24-9-2020 01:35 PM
Skeletal nya kid

Benda ala iteww la apa lagi
Quote wak_pijah 24-9-2020 01:42 PM
stingerstorm replied at 24-9-2020 01:37 PM
Benda ala iteww la apa lagi

Mmg makan dalam betul benda camni, takutnya
Quote stingerstorm 24-9-2020 01:46 PM
wak_pijah replied at 24-9-2020 01:42 PM
Mmg makan dalam betul benda camni, takutnya


[youtube]2ShW4uVkGDs[/youtube]

mana boleh celen abg long sorang ini kheeunz?

Siap konsert jalan terusssssssssss


Siapa kata 'barang' tak power ranger?


kahkahkahkah
Quote belacan_gurl 24-9-2020 01:52 PM
Edited by belacan_gurl at 24-9-2020 01:53 PM
stingerstorm replied at 24-9-2020 01:46 PM
mana boleh celen abg long sorang ini kheeunz?

Siap konsert jalan terusssssssssss


Tapi dalam byk2 otai...kiranya yang ni sorg nampak mcm bergaya sikit...Tak kurus kering mcm jerangkung walau dikatakan ambil barang gak kan? Ke dia dah bersih? Mksd aku lepas tgk dia dlm Maharaja lawak ritu..mcm berisi dan sihat je
Quote wak_pijah 24-9-2020 01:53 PM
stingerstorm replied at 24-9-2020 01:46 PM
mana boleh celen abg long sorang ini kheeunz?

Siap konsert jalan terusssssssssss

JA ok lagi kot tak nampak sebarang ketengkorakan, suara pun maintain
Quote orkidorkido 24-9-2020 02:09 PM
belacan_gurl replied at 24-9-2020 01:52 PM
Tapi dalam byk2 otai...kiranya yang ni sorg nampak mcm bergaya sikit...Tak kurus kering mcm jera ...

Harap dia dah bersih atau berkurang la. Dia pun nampak kemas, bersih, hensem dah sekarang sejak kawin ada anak kecik ni. Nampak teratur sangat dah hidup
Quote She-Ra 24-9-2020 02:10 PM
sbg peminat search & lahir di zaman kegemilangan mereka
timbul perasaan rengsa dgn apa yg ditunjukkan Amy
kalau dh nk gerak solo, buang je la nama SEARCH tu, letak la AMY PHEWIT
pastu selesai la  masalah dalaman elok2
ini tidakkkk lg nk membandingkan konsert itu ini (rujuk ig dia semalam)
eehhhh rengsa laaaaaaaaaaaaaa

tabik kt Awie yg sanggup tlg kawan demi  meneruskan hidup & mencari rezeki

kepada peminat Amy, sorry naaa.. aku pun minat dia jgk cuma rengsa sejak kes Search ni
Quote orkidorkido 24-9-2020 02:11 PM
Rockstar Hollywood kalau dah veteran macam ni, ramai dah keep clean & short hair. Harap search hadir dengan imej baru sesuai usia semua
Quote Acikgomen 24-9-2020 02:25 PM
wak_pijah replied at 24-9-2020 01:35 PM
Skeletal nya kid

Dari muda sampai ke tua dok makan dadah je mana mau nyerrr makan nasik
Nak gemuk celah mana
Quote MisXoXo 24-9-2020 02:29 PM
Amy nmpk bahagia dgn life dia.business ok.wife dia byk jd tulang belakang.enjoy gaya hidup sihat.g hiking..berxuti dgn ank2 dn suka tgk dia sama2 menuju ke arah akhirat dgn ank isteri.tp tulah..apa isu grup ni xtahulah.amy dh aman2 kaya.grp members masih jga nk teruskan kelangsungan hidup dn mereka naik dgn nama Search.bgs Awie nk bantu kwn.tp Amy berpatah arang terus.apakah isu disebaliknya wallahualam
Quote Knowlee 24-9-2020 02:33 PM
MisXoXo replied at 24-9-2020 02:29 PM
Amy nmpk bahagia dgn life dia.business ok.wife dia byk jd tulang belakang.enjoy gaya hidup sihat.g h ...

Gaya mcm berpatah arang sungguh. Apalah agaknya isu sebenarnya kan. Kalau sampai taknak jawab call bagai. Tapi fokus kat family lagi bagus. Hidup bahagia.
Quote LH76 24-9-2020 02:33 PM
Dlm pic tu amy sorang ja npk kulit muka tegang,lambat ageing. yg lain semua dah kendur2
Quote Redmyvi 24-9-2020 02:46 PM
She-Ra replied at 24-9-2020 02:10 PM
sbg peminat search & lahir di zaman kegemilangan mereka
timbul perasaan rengsa dgn apa yg ditunjukk ...

apa kes search ? maaf la patik bru keluar gua
Quote Redmyvi 24-9-2020 02:49 PM
orkidorkido replied at 24-9-2020 02:11 PM
Rockstar Hollywood kalau dah veteran macam ni, ramai dah keep clean & short hair. Harap search hadir ...

setuju ! skrg dh thun 2020.. rocker x semesti kena rmbut pnjang..


Quote She-Ra 24-9-2020 02:50 PM
Redmyvi replied at 24-9-2020 02:46 PM
apa kes search ? maaf la patik bru keluar gua

ntahapahapantahtidak ketahuan.. tau2 keluar berita amy tinggalkan search
ahli search kata mereka lama tak berhubung
amy pun menyepi

ada la tu kemelut dimuara kasih
tapi benda boleh bincang kan
amy pn dh lebih kearah agama lebih jd apa salahnya serapkan ilmu agama tu utk hal2 dgn sahabat lama ni
gituuuuuuuuuuuuuu
Quote husna_amal 24-9-2020 03:01 PM
Biasalah dah lanjut usia ni senang merajuk kemudian bawa diri tak nak kawan lagi.
Quote biozipstar 24-9-2020 03:04 PM
x sebulu eh ... bile lah nak siap gaduh...

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.063700 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top