CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peluang Kedua Lepas 10 Tahun, Linda Nanuwil Teruja Macam Mula-mula Nak Jadi Artis

24-9-2020 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18513| Komen: 85

Kredit foto: IG Linda


10 tahun 'menghilang', Linda Nanuwil muncul kembali di persada seni.

Memetik mStar, naib juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-2 itu menjelaskan dia sebenarnya masih aktif menerima undangan di Sabah dan belum terfikir untuk bersara dari karier nyanyiannya.



"Tak pernah terfikir melupakan dunia seni sebab dengan cara inilah saya mencari makan. Cuma, baru sekarang saya bersedia untuk kembali ke dunia seni arus perdana.

"Sekarang ini, segala perancangan sudah diatur dengan baik. Sebab itulah saya katakan perasaannya macam mula-mula nak jadi artis dulu. Rasa teruja," katanya.



Bertambah teruja apabila program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh membuka ruang untuk bekas graduan AF menyertainya.

"Tahun ini berbeza dan saya terharu apabila dipilih untuk menyertainya. Saya terima pelawaan ini sebagai satu cabaran baru buat diri kerana peluang di depan mata," ujarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 24-9-2020 02:26 PM
10 tahun ? awat iols rs mcm dah berbelas tahun menghampiri 20 tahun ??? last iols tgok dia berlakon cite apa tah dgan saiful apek jd pengantin, kayu namateyyyyy...

tapi, iols rasa waktu sheols tersingkir dlu adalah moment plg terkezut n x sangka... tp bila fikir balik adakah asteruk dlu sngaja singkirkan dia demi $$$$ utk afundi masuk ?
Quote Pujangga22 24-9-2020 02:27 PM
murid kesayangan ramli ms time af haha
Quote tootii 24-9-2020 02:33 PM
wow . pesona bintang dah wat comeback !

mesti bapak sol sol sol melekat depan tb ngk GV kali ni  

apa2 pun, makin cantik linda ni ..

cuma suara tu  .. blh ker tarik2 ? zaman AF pun suara tak pegi sgt ..
Quote abbey 24-9-2020 02:33 PM
tringat zahid frust ms AF, sume cikgu tumpu perhatian kat Linda



Quote YomiuriLandMae 24-9-2020 02:35 PM
linda ni sayang btol sejuk membeku dlm peti ais.. x mcm cousin dia marsha pokok kelapak helok je aktif walaupon late bloomer..
Quote kirana_22 24-9-2020 02:40 PM
Linda nih batch Af2 2004 kan???
Jaman aku & housemate gigih bertunggu tangga di kedai mkn tengok konsert mingguan. Pas tu rela beli VCD nak ulang balik tengok konsert
Pergh kenangan betul..
Quote luvcomot87 24-9-2020 02:54 PM
Suara linda ni unik.. good luck linda{:sing
Quote little_sis 24-9-2020 02:59 PM
suara dia dulu.. xtau la kalo skrg dah improve kan..
Quote biozipstar 24-9-2020 03:02 PM
okay x ingat langsung linda. aku ingatkan linda on. linda nanuwil, aku ingatkan nurul. wakakakaka. sorry aku x ingat tu x penting... tapi moga berjaya..
Quote anggeriklatifah 24-9-2020 03:10 PM
Cantik Linda ni
Suara pon not bad
tapi pekat sgt sabah dia

Dia masuk af 2004
setahun dua je selepas tu menghilang terus
dengar kahwen jadi bini no 2 ke jadi prmpuan ****** VVIP Sabah
org kata menghilang sebb tu

tapi kalau betul dia jadi bini no 2 org prmpnn *********
dah lama kaya raya cam zahida rafik tu
tapi hidup dia tengokk cam biasa2 jeee

so aku tak percaya la dgn gosip tu
aku suka gak dia ni..dlm af sejenis tak gedik..tak berlagak...jenis pendiam...ok2 je dia ni
Quote abbey 24-9-2020 03:14 PM
anggeriklatifah replied at 24-9-2020 03:10 PM
Cantik Linda ni
Suara pon not bad
tapi pekat sgt sabah dia

belum kahwin, rumors je katanya kt youtube ada dia jwb
biasalah org cantik asal menyepi, keluar gosip kahwin





Quote lanse 24-9-2020 03:17 PM
Lawalah linda. Suka tengok dia masa dalam AF.
Quote husna_amal 24-9-2020 03:18 PM
paling layan lagu jika kau kekasih
Quote eely_shana 24-9-2020 03:20 PM
Suka lagu jika kau kekasih. N suka waktu dpt guitar yg anggota so7 tandatangan
Quote anggeriklatifah 24-9-2020 03:23 PM
abbey replied at 24-9-2020 03:14 PM
belum kahwin, rumors je katanya kt youtube ada dia jwb
biasalah org cantik asal menyepi, keluar g ...

itu lahh
logiknya kalau pernah kahwen org kaya sabah or jadi prmpuan ******** vvip
dah lama kaya raya dia tunjuk beg2 mewah,rumah banglow,g oversea selalu,ootd bju2 mahal
ni takde pun...hidup dia biasa2 je
Quote abbey 24-9-2020 03:38 PM
anggeriklatifah replied at 24-9-2020 03:23 PM
itu lahh
logiknya kalau pernah kahwen org kaya sabah or jadi prmpuan ******** vvip
dah lama kaya ...

VVIP tu muslim kan Klu dah kahwin mestilah Linda convert, ni masih lg kristian
Quote idril 24-9-2020 03:43 PM
suara dia pada akak, beshe2 jer x sedap lagu mana pun.....
Quote reddots 24-9-2020 03:45 PM
x minat linda ni.

tp yg aku ingat, dulu dia perform lagu leaving on a jet plane sambil petik gitar..  pastu lagu tu jd femas.
Quote swateng1 24-9-2020 04:22 PM
kesayangan ke skendel tokram dulu2 ni?

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.276588 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top