Tidak ramai yang tahu jerih perih pembikinan sesebuah karya drama atau filem. Yang selalu nampak dan dikritik adalah hasil lakonan, gosip pelakon dan sebagainya. Sementara mereka yang berada di belakang hasil tersebut tidak diendahkan. Tetapi, pernah tak kita tertanya mengenai mengapa kualiti lakonan sebegitu? Atau produksi tiada idea lain lagi ke? Jawapannya adalah segala hasil karya ini dibeli stesen televisyen dengan satu harga yang hanya memberi keuntungan kecil kepada produser drama. Sudahlah begitu, kru juga dikerah untuk bekerja pantas kerana mengejar masa. Maka, jadilah sebuah produk yang anda lihat di kaca televisyen dan nilaikan sendiri. Sebagai seorang yang pernah terbabit dalam industri ini, Muzzamer dan Idham berkongsi cerita bahawa mereka bekerja dalam keadaan tergesa-gesa untuk menyiapkan sebuah telemovie. Jika dahulu mereka menyiapkan dalam masa 12 hingga ke 14 hari, tetapi kini tempoh seminggu sahaja diberi. Bunyinya seperti kerja gila, tetapi itulah realiti di Malaysia. "Skrip pulak lebih 80 scene, mau shoot lebih 7 location. Kau rasa? Bayaran harga crew? Makin lama makin rendah. Kau shoot tele 5 6 hari, pastu kau bangga?" Tidak hanya peruntukan masa yang singkat, keuntungan diperolehi pembikin filem juga menyedihkan. Bayangkan selepas ditolak semua komitmen, untung hanyalah RM5,000 sahaja termasuk gaji kerja selama tiga bulan sangat tidak berbaloi. |
Carcosa: Habis, kau gatal lagi buat telemovie rubbish tu, buat apa? Dah tau pulangan cam cibai, stop lah buat. Nnti keluar plk ayat2, "kami kesiankan penonto ...
ADVERTISEMENT