CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Latok Ni Anggur Laut, Sedap! Ada Yang Belum Cuba?

25-9-2020 04:32 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13581| Komen: 110|Original author: Oleh: Cari-Azza


Pernah jumpa latok yang dijual di tepi jalan? Macam banyak pula ya sekarang. Mesti terdetik di hati, sedap ke tidak atau apa rasanya, kan?

Menerusi blog aunitalib, latok atau rumpai laut yang juga dikenali sebagai 'anggur laut' adalah sejenis tumbuhan yang teksturnya seperti telur ikan.


Exotic Sabah Food

Ianya makanan tradisi kaum Bajau dan teksturnya pula seperti telur ikan atau biji anggur. Rasanya adalah rumpai laut segar, rangup ketika dikunyah dan sedikit berlendir bila pecah. Ada juga rasa masin-masin.


Mama eli


Bagi anda yang tidak biasa memakannya, mungkin akan terasa pelik rasanya. Sebenarnya, tiada apa yang pelik. Anda perlu menyeimbangkan dengan sosnya.

Jika sos pedas-pedas masam, latok akan menjadi sangat sedap. Petua untuk menikmatinya, mestilah direndam dalam air sejuk, rasa segar!


Matdespatch. Com

Antara khasiatnya dipercayai boleh membuatkan pemakan awet muda, baik untuk kesihatan darah dan baik untuk tulang, otot dan urat.

Ada yang berharga antara RM10-RM15 sebekas dengan mendapat beberapa tangkai latok, sebiji limau kasturi dan sebekas kecil sos pencicah.

Selain itu, latok juga agak sensitif terhadap haba panas dan air. Dikatakan, Latok sedap dinikmati dengan ikan bakar, atau digaul dengan cili belacan dan mangga muda.

Bagaimana? Ada yang nak mencuba latok? - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 25-9-2020 04:38 PM
Cara simpan kena beralaskan daun pisang..tutup pn dgn daun pisang..jgn sesekali simpan dalam peti sejuk tgk rosak..sedap oiiiii lattut niiiii..
Quote Boomibulat 25-9-2020 04:46 PM
Pnh nmpk org jual benda ni buka bonet kat LPT..kira first time sy tau kewujudan benda ni..rupa mcm plastik je
Quote syamzana 25-9-2020 04:52 PM
best latok ni mkn gitu je ngan sos tu pun sedap.
kalo kat besut and kwsn sekitar latok ni buat kerabu. derang panggil kerabu sare (betui ke?) time kenduri je ade. sedappp
Quote TomyamPuteh 25-9-2020 04:55 PM
Ltak bwg besaq, cabai Melaka, perah asam  limau, garam.kerabu lattut is doneeee...
Quote pinklepie 25-9-2020 05:00 PM
Pernah makan masa pergi ke Sabah 2 tahun lepas.
Quote dizekni 25-9-2020 05:01 PM
Memang sedap

tapi mahal juga RM15 se pek

macam makan chicken chop western
Quote sarah82 25-9-2020 05:08 PM
Tak pernah pulak aku rasa.. Nanti cari kat jitra.
Quote highcastle 25-9-2020 05:09 PM
Aku baca tajuk ingan latok tu orang cina cakap datok........... Konpius den............
Quote palmolive 25-9-2020 05:30 PM
pernah makan kt kedai Ikan Bakar Semporna..oklaa
Quote clarizsa 25-9-2020 05:34 PM
I teringin lama dah tapi mcm x berbaloi hrga dorang jual mahal sgt
Kat sabah sana rm2 je sebekas yg kat sini dorang jual rm15 tu
Pastu agak meragukan kebersihan
Quote zehra2 25-9-2020 05:37 PM
ni spirulina kan. mkn dgn sambal belacan kat KK
Quote TomyamPuteh 25-9-2020 05:38 PM
X yah pg sabah. Belah2 utara ni pon byk supply
Quote KIM.K 25-9-2020 05:40 PM
matbad replied at 25-9-2020 04:38 PM
Cara simpan kena beralaskan daun pisang..tutup pn dgn daun pisang..jgn sesekali simpan dalam peti se ...

Ye ke takboleh simpan fridge ya..
Quote matchstick 25-9-2020 05:40 PM
sblm ni ada orang jual bukak bonet kereta dkt area depan ofis ni waktu lunch..harga lebih kurang rm15 gitu lah. tak laku sbb waktu lunch orang ramai beli nasi bungkus harga rm5-10, keropok, buah harga rm3-5. So mmg jarang la orang nak spend rm15 utk latok ni lagi pulak ramai yg tak tahu sedap ke idok benda ni. skrg dh takde jual kat sini. harap ada lah rezeki dia kt tmpt lain
Quote sekngucing 25-9-2020 05:40 PM
cicah budu sedap ni...
Quote KIM.K 25-9-2020 05:41 PM
Order haritu seller kata esok dapat
Pernah tengok kat sarawak tak silap. Masa tu tak suka sambal kolagen orang kampung
Quote sekngucing 25-9-2020 05:42 PM
syamzana replied at 25-9-2020 04:52 PM
best latok ni mkn gitu je ngan sos tu pun sedap.
kalo kat besut and kwsn sekitar latok ni buat kera ...

sare tu rumpai laut tp bukan latok rasanya...
Quote lavendernovella 25-9-2020 06:05 PM
Ada jual ker kat semenanjung?
Quote ellez 25-9-2020 06:10 PM
Latok sedap je rasa..
Bebudak ofis ada jual..
Tapi kerabu sare tetap dihati..
Hihi

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054759 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top