Bayi lelaki berusia 18 bulan disuap cecair sanitasi tangan tanpa sengaja oleh neneknya. Menurut laporan media yang dipetik Harian Metro, kejadian berlaku selepas wanita itu menyangka cecair dalam bungkusan cantik dihiasi gambar kartun berkenaan merupakan bubur bayi.
Tindak balas pada tubuh mangsa, Logan yang menjadi kemerahan dan mula batuk-batuk membuat wanita itu curiga sebelum menyedari kesilapannya, lalu menghubungi talian kecemasan. Difahamkan, bayi itu 'tertidur' kira-kira lima minit sebelum ketibaan paramedik yang kemudian mengejarkan mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut. Berikutan kejadian, ibu mangsa, Nikki Teixeira berpesan kepada orang ramai supaya tidak membeli cecair sanitasi tangan dibungkus mirip bungkusan makanan. Malah, pengusaha produk berkenaan, Smart Care menarik balik produk berkenaan dari pasaran atas faktor keselamatan. - CARI
|
ADVERTISEMENT