Kehilangan Anita Sarawak yang menyepi secara tiba-tiba dari industri seni kira-kira sedekad lalu masih membuat orang ramai tertanya-tanya terutama keadaan kesihatannya. Neelofa menerusi program bual bicara, Next To Neelofa mengambil kesempatan bertanya perkembangan Anita atau Ithnaini Mohd Taib kepada adiknya iaitu aktres terkenal sekitar era tahun 80-an, Noorkumalasari. Kongsinya, kakaknya itu kini dalam keadaan baik dan meminta orang ramai mendoakan untuk Anita dan suaminya di Amerika Syarikat. "Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya. "Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya. "Baru-baru ini, dia telefon dan bercakap dengan Abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah.
"Perkara yang saya tahu daripada perbualan kami sebelum ini ialah kini mereka melakukan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah, jadi mereka pergi ke seluruh AS. "Tapi saya tak tahu mereka masih berpindah-randah dengan Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka," katanya yang dipetik Media Hiburan. Ada yang merindui Anita Sarawak? - CARI
|
bellaamsar replied at 27-9-2020 11:59 AM
So dulu pernah ada sorang forumner komen yg anita terlantar sbb kanser tu tak betul la ye?
riyadhK replied at 27-9-2020 12:04 PM
Labuhnyahhhh tudung lofa
riyadhK replied at 27-9-2020 12:04 PM
Labuhnyahhhh tudung lofa
bellaamsar replied at 27-9-2020 11:59 AM
So dulu pernah ada sorang forumner komen yg anita terlantar sbb kanser tu tak betul la ye?
riyadhK replied at 27-9-2020 12:04 PM
Labuhnyahhhh tudung lofa
ADVERTISEMENT