Aliff Aziz dipenjara dua minggu selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak senonoh. Segelintir pihak menganggap yang penyanyi ini langsung tidak serik melakukan kesilapan berulang kali.
Bagaimanapun isterinya, Bella Astillah tetap berbangga kerana suaminya itu tidak melarikan diri dan mengakui kesilapan yang dilakukannya. "Ramai yang mendoakan tapi ada juga yang kata dia buat hal lagi sedangkan itu kes lama. Saya bangga dia mengaku kesalahan. Pada saya, Aliff dah terima balasan di dunia dan dia pun sedang memperbaiki diri. Saya selalu berpesan supaya sentiasa kuat. "Dia pun tak lari daripada apa yang dah dilakukan. Kes itu tak terlalu berat tapi di Singapura sangat tegas," katanya kepada mStar Online.
Bagusnya dapat isteri macam Bella, sentiasa menyokong dan memaafkan segala kesalah suami. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|