Rezeki Mira Filzah semakin mencurah-curah selepas kahwin. Baru-baru ini dia dipilih menajdi duta sebuah pusat tuisyen dikenali PTTI yang turut menjadikannya sebagai ikon.
Bahkan, Mira muncul berkongsi nasihat kepada pelajar terutama calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara dalam talian. "Saya tahu situasi semasa ketika ini sedikit sebanyak pastinya melemahkan semangat adik-adik berikutan tarikh peperiksaan SPM pun ditunda.
"Mengikut apa yang saya difahamkan, sesi peperiksaan SPM sebenar dijangka berlangsung pada 6 Januari, tahun depan. "Kemunculan wabak ini memang tidak diduga. Namun, tetap kena teruskan fokus untuk peperiksaan percubaan pada Oktober ini," katanya seperti dipetik di Harian Metro. Isteri kepada Wan Emir ini juga menambah, "Bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain untuk berdoa kepada Tuhan masing-masing. "Jangan lupa, minta restu ibu bapa dan doa mereka. Malah, jangan segan peluk mereka dengan kasih sayang untuk beberapa saat."
Buat pengetahuan, Mira pernah bergelar pelajar cemerlang SPM pada 2010. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|