Dituduh 'kaki mabuk' pada Ogos lalu memberi kesan kepada penyanyi Ara Johari hingga membuat dia mengurung diri di dalam rumah akibat tertekan. Berkata kepada mStar, pemilik nama Nurfarrah Izzatie Johari itu bagaimanapun bersyukur memiliki keluarga prihatin yang selalu memberi dorongan dan semangat. "Saya tahu apabila dah ceburi dunia hiburan pasti akan berdepan dengan kontroversi tapi saya tak jangka akan sampai seteruk ini. Ini pertama kali saya terpalit dengan kontroversi macam itu. "Masa itu saya rasa pelik kenapa cerita seperti itu boleh timbul... macam mana boleh terjadi. Nasib baik ada keluarga saya beri sokongan dan selalu berpesan supaya biarkan saja apa orang nak kata.
"Saya punya back up adalah keluarga saya sendiri sebab mereka kenal saya macam mana dan bapa saya pun cakap jangan fikirkan sangat," kata Ara kepada mStar. Ara akui begitu tertekan dengan fitnah dilemparkan terhadapnya itu. "Sepanjang waktu itu, saya rasa tak nak keluar rumah. Saya rasa macam orang asyik cakap benda itu saja... saya jadi takut. "Selepas seminggu isu itu berlalu, saya bangkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap. Sekurang-kurangnya kita tak buat seperti yang didakwa. Saya difitnah pun dapat pahala juga," katanya.
|
Kurex replied at 30-9-2020 11:54 AM
Pape je la ara peng... Umum tau, retis ramai mabuk. Kata member iols, retis ni kalau tak mabuk, buka ...
krustykrab replied at 30-9-2020 12:12 PM
Nek sitot bini atuk kertu?
Kurex replied at 30-9-2020 11:54 AM
Pape je la ara peng... Umum tau, retis ramai mabuk. Kata member iols, retis ni kalau tak mabuk, buka ...
mamajawie replied at 30-9-2020 01:33 PM
ct caras penah minum x chuollss?
ADVERTISEMENT