Lisdawati menafikan status Instagram yang dimuat naiknya adalah berkaitam keretakan rumah tangga, namun ia hanya menceritakan soal komunikasi dalam keluarga.
Kata aktres ini, perkongsian tersebut adalah sebahagian ilmu yang diperoleh ketika berlakon drama bersiri Light & Love terbitan Nurflix.
"Dalam kehidupan kita adakalanya kita tak sedar ada individu yang terguris dengan kita dan mungkin akan bercakap belakang. Situasi itu kita tak sedar. "Saya pun ada keluarga yang besar yang mana saya sendiri pun ada masalah komunikasi. Jadi, entri itu adalah nasihat untuk diri saya dan semua orang jika ada masalah apa patut buat, nak simpan, jaga hati atau perbetulkan. "Bila ada masalah dengan saya datang cakap depan-depan, bukan cakap belakang," katanya seperti dipetik di Gempak.
Difahamkan jika ada permasalahan dalam keluarganya, ia akan berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang tiga hari. Walaupun dilanda kontroversi namun hubungannya dengan suami, Fauzi Nawawi masih baik. "Dengan abang Alhamdulillah cintan-cintun!... "Orang selalu memandang saya memegang watak lembut manakala abang Fauzi watak antagonis. Orang menyifatkan abang sebagai orang yang suka buat perangai, saya pula wanita yang selalu teraniaya. "Tapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan abang sangat baik dan kami saling memahami. Jadi, semua kisah yang tersebar, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi. "Sebagai seorang isteri, saya percaya ujian itu bukan datang saja-saja tapi ia untuk menguatkan hati saya berdepan ujian pada masa akan datang," tambahnya.
Malah hubungan mereka lebih utuh selepas melahirkan anak keempat yang kini berusia 2 tahun. "Ketika mengandung anak keempat, saya merasakan melalui fasa saya kembali bercinta dengan abang."-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|