CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rahsia Tarik Rezeki, Lelaki Ini Pakai Aksesori Emas Seberat 13 Kilogram Setiap Hari

1-10-2020 01:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10161| Komen: 25




Di Malaysia sekarang ini trending dengan gelang emas Pulut Dakap yang boleh dikira agak besar dan kelihatan sangat gah buat si pemakainya. Harganya juga sudah tentulah mencecah ribuan hingga puluhan ribu Ringgit mengikut berat dan juga harga semasa Emas.

Pendek kata, apa jenis gelang, rantai, cincin dan aksesori berasaskan emas pasti menjadi kegilaan dan idaman buat setiap wanita tulen.



Namun lain ceritanya buat seorang lelaki di Vietnam, Tran Ngoc Phuc yang juga merupakan peminat barangan emas. Lebih mengejutkan, usahawan dari Vietnam ini tular di negara beliau kerana tabiat memakai barang kemas emas seberat 13 kilogram setiap hari. Biar betul?

Menurut beliau, beberapa tahun yang lalu beliau dinasihatkan oleh pakar Feng Shui untuk memakai aksesori emas bagi menarik rezeki. Pada awalnya beliau hanya memakai kalung emas seberat 5 kilogram. Tetapi selepas keuntungan perniagaan semakin meningkat, semakin banyak barang kemas telah ditempah dan dipakai.



Kini beliau memakai dua gelang, beberapa cincin dan kalung dengan nilai mencecah 13 Bilion Dong Vietnam (~RM 2.34 Juta). Oleh sebab keselamatan, beliau sering ditemani lima orang pengawal peribadi apabila keluar dari rumah. Pengawal peribadi ini juga kadang kala akan memegang kalung bagi mengurangkan kesakitan majikan.

Kerana berat barang kemas yang melampau, beliau sering mengalami masalah sakit tengkuk namun masih berkeras memakainya kerana faktor Feng Shui. Beliau kini menunggu tempahan baju dan topi emas siap bagi mempunyai pakaian emas yang lengkap pada seluruh tubuh. - CARI



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 1-10-2020 01:49 AM
Pernah ku baca tp dimana yaaaa..salute la 13kg tuuu dgn bodygrd bagai. Org obses ni mcm2 jenis
Quote KelisaOren 1-10-2020 01:55 AM
Tak terkehel ke tengkuk tu kalau dah berkilo2 rantai bergayut
Quote MinyakAngin 1-10-2020 02:37 AM
Lawaknya beriya pakai emas sambil pembantu tampung dgn tangan
Quote kakyungpilah85 1-10-2020 05:13 AM
Hahaha.. Ni meriak tanpa selindung ni... {:laugh
Quote CiliPadiSedap 1-10-2020 06:55 AM
ni kalau kena bunuh sia2 je sekali emas zhulian
Quote KIM.K 1-10-2020 07:23 AM
Lil pump pun suka pakai chain berat2
Sekali dia tunjuk leher melecet
Quote insyi81 1-10-2020 09:05 AM
kan dh menyusahkan diri bwk bodyguard semua..hahaha
Quote ffbeauties 1-10-2020 09:17 AM
Perempuan kat kelate dan ganu pon suka pakai emas besar2 terutama yg berniaga.
Pernah tanya sorang, dia cakap as daya tarikan berniaga.
Quote husna_amal 1-10-2020 10:13 AM
Mengarut je dia ni. Mengundang bahaya je pakai emas macam tu.
Quote AyaqMeloSuam 1-10-2020 11:14 AM
Feng shui serambi mekah jua kah? Huahuahuaha...
Quote gigahertz 1-10-2020 06:01 PM
matbad: Pernah ku baca tp dimana yaaaa..salute la 13kg tuuu dgn bodygrd bagai. Org obses ni mcm2 jenis

Tak baik sis kata dia obes tau
Quote Peaches113 1-10-2020 09:22 PM
Mau si sajat jeles terketap ketap bibir nak berlawan sapa lg byk emas
Quote ikanmasin 1-10-2020 09:50 PM
kerana percaya dgn feng shui sanggup bertahan..seram tgk pakai besar gedabak gitu..
Quote helicornia 3-10-2020 09:49 PM
ini bukan tarik rezeki, tapi tarik penjenayah
Quote Artemesiaa 8-10-2020 03:04 PM
Lalu pulak nak pakai berat2 macam tu setiap hari
Quote iznanaziz 8-10-2020 03:59 PM
ffbeauties replied at 1-10-2020 09:17 AM
Perempuan kat kelate dan ganu pon suka pakai emas besar2 terutama yg berniaga.
Pernah tanya sorang ...

cantik ke pulut dakap tu?
Quote ninjago 16-10-2020 03:48 PM
kesiannn..menyusahkan diri bawak badan berat2 camtu.

jgn yg muslim nak ikut2... syirik!!
Quote sambaldurian 18-10-2020 05:13 PM
bisnes ape tu, bisnes dato addy kana kah. teringat pulak ada scammer nigeria kena tangkap kt dubai tu, dlm bijak2 tipu org, ada gak bodohnya buat akaun instagram.
Quote Scheherazade 24-10-2020 08:13 AM
Sanggup tu pakai berat2 camtu. Risiko dia samada kena rompak, mati dlm rompakan, leher patah, or kecacatan anggota bdn

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073949 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top