CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beri Tunjuk Ajar, Haqiem Rusli Akan Bina Nama Adik Dalam Industri

3-10-2020 12:03 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7284| Komen: 34|Original author: Oleh: LilRose

Haqiem Rusli tidak menghalang adiknya daripada mengikut jejak langkahnya mengharungi liku-liku sebagai penyanyi.

Malah, penyanyi itu akan berusaha membantu membina nama Zali Rusli dalam industri seni hiburan.



Kredit foto: IG

"Saya sebagai abang akan cuba sehabis baik untuk membantu membina nama Zali dalam industri, juga tidak keberatan untuk memberi tunjuk ajar melalui liku-liku dalam industri.

"Dia pun masih muda lagi dan saya sentiasa memberikan galakan untuk dia jadi penghibur dan buatkan orang sekeliling gembira dengan menyebarkan benda positif.

"Selain itu, dia dapat belajar tentang muzik, cara buat lagu dan berharap pembabitannya ini merupakan langkah permulaan yang baik untuk dia," katanya dipetik dari mStar.

Pelajar tingkatan tiga itu kini mempromosikan lagu terbaharu berjudul Pewangi ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu yang dilancarkan di laman YouTube FMC Music pada Jumaat.




Sementara itu, Zali berhasrat untuk berkongsi pentas dengan abangnya kelak.

"Saya memang sering mengikuti dan menonton persembahan abang, jadi saya rasa teruja dan menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas dengan abang satu hari nanti.

"Setelah dilamar oleh syarikat rakaman FMC Music, ibu bapa saya mengenakan syarat tidak mengabaikan pelajaran.

"Abang memberi sokongan sepenuhnya untuk saya melangkah kaki sebagai anak seni, tetapi harus memberi tumpuan juga pada pelajaran!" ujarnya. 



Semoga Zali sukses dalam bidang nyanyian. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 3-10-2020 12:22 PM
hmmm awal2 dah guna nama abang boleh mengundang kecaman kalau kurang berbakat dekk
Quote tuntasha 3-10-2020 12:25 PM
Aku tk caya FMC offer ajak propose melamar dia ni.
Quote Kurex 3-10-2020 12:26 PM
Muka dik kimi dah dah matang dah..
Quote asma87 3-10-2020 12:51 PM
Cam Ada Muka anak jamal yg Nasi minyak tu
Quote silampumeja 3-10-2020 01:10 PM
Boleh tak i rasa video klip tu merosakkan? Budak pmpuan datang duk berdua ngan laki dalam rumah? Pastu bertiktok.... Apo??? Umur 15 tahun??? So kita expect orang 40tahun ke tgk video klip dia??? Say im kolot, but yeah... Jngan potray benda salah jadi benda nampak betul....
Quote Pikapikachu 3-10-2020 02:13 PM
silampumeja: Boleh tak i rasa video klip tu merosakkan? Budak pmpuan datang duk berdua ngan laki dalam rumah? Pastu bertiktok.... Apo??? Umur 15 tahun??? So kita e ...


Samala.. dah kenapa video clipnya begitu. Mmg bakalan diharamkan dari tontonan dalam rumah ni.
Quote tuntasha 3-10-2020 02:26 PM
VC yg clichè sangat terlalu matured urk umur adik dia dia. FMC tk nk tukar ke filming company lain?
Quote kiah_mai_pulak 3-10-2020 02:29 PM
silampumeja replied at 3-10-2020 01:10 PM
Boleh tak i rasa video klip tu merosakkan? Budak pmpuan datang duk berdua ngan laki dalam rumah? Pas ...

zaman tiktok ni org pun dh tak heran dah, nak2 lagi timbul case ank nora tu
Quote stingerstorm 3-10-2020 03:49 PM
Yg nak beri tunjuk ajar masih terumbang ambing dlm industri... lagak good good tak bertepian kekdahnya

kahkahkah
Quote sleepandream 3-10-2020 04:45 PM
adik beradik menyanyi...
macam akak aiman tino farah hazel ke apa...
Quote Lelli 3-10-2020 04:56 PM
Latest
Amira Othman -> Irfan Haris
Aiman Tino -> Farra Hazel
Tajul -> Beby Acha
Haqiem Rusli -> Zali Rusli


Quote lotionmilo 3-10-2020 04:56 PM
Nope! Sebab adik kau bukan anuar zain
Quote unguaurora 3-10-2020 06:00 PM
Suara lbh kurang abgnya.. x pyh la nk wujud HR 2.0
Quote mamajawie 3-10-2020 07:02 PM
Haukkkkknyeehhhhh video clip ni..kengkonon tiktok benda tengah trend skang tapi content sampah soh org lalai buat maksiat...ni dua kali lima, lima kali babik!!
Quote luvcomot87 3-10-2020 08:13 PM
Adik beradik menyanyi slh sorang mesti kecundang.. yg berjaya setakat ni pn anuar zain-ziana zain,liza aziz-azlina aziz.. adik ctdk pn xde yg mmpu saing sheols.. yg ayah/mak penyanyi femes pn jrng2 anak leh ikut.. ade pn terjun bidang lain cm abil gn khir rahman tu haaa.. jadi pelakon la dik rupe bole la nk jual
Quote TomyamPuteh 3-10-2020 08:37 PM
Dh umo pon 15 thn, shooting kt library je lah dik. Ala2 study grup nk ambk PT3
Quote wordlife 3-10-2020 08:57 PM
Selagi dia tak pakai spek 24/7 dan buat suara mcm abg dia, rasanya ok je. Good luck dik! Tin milo pasti menyokong dibelakang
Quote asma87 3-10-2020 09:16 PM
luvcomot87 replied at 3-10-2020 08:13 PM
Adik beradik menyanyi slh sorang mesti kecundang.. yg berjaya setakat ni pn anuar zain-ziana zain,li ...

Ade la..cth shilalat ....
Quote luvcomot87 3-10-2020 09:20 PM
asma87 replied at 3-10-2020 09:16 PM
Ade la..cth shilalat ....

I rse shila lg femes dr ayah die walau i xminat die... Kekekekeke.. Kalau ayah xberapa femes anak femes la.. kalau ayah dh femes susah anak nk catch up tgok je la ank jamal abdillah tu

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.161857 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top