Seoang kanak-kanak malang ditemui dikurung dalam sangkar anjing. Daily Mirror melaporkan, sebelum itu pihak polis menerima maklumat kes penderaan haiwan dan bergegas ke lokasi yang dilaporkan oleh penduduk setempat.
Namun sebaik tiba di situ mereka dikejutkan dengan penemuan kanak-kanak lelaki itu dalam keadaan yang tidak terurus. Kejadian yang berlaku di Henry Country itu telah membawa kepada penahanan tiga orang individu. Antara yang ditahan termasuk ibu mangsa, Heather Scarbough, 46, ayah tirinya yang berusia 46 tahun dan neneknya berusia 62 tahun. Ketua Polis Henry Country, Monte Belew berkata, mangsa bukan sahaja dikurung dalam sangkar anjing malah diletak berhampiran dengansangakar haiwan lain termasuk ular, anjing, ayam, cicak, kucing dan pelbagai burung.
Polis percaya mangsa menghabiskan sebahagian besar hidupnya di dalam sangkar berkenaan. "Keadaan sangat memilukan ketika polis menemui kanak-kanak berkenaan dan dia tidak sepatutnya berada di dalam sangkar itu. "Ada mainan diletakkan di dalam sangkar itu, namun tiada selimut untuk mangsa," tambahnya. Sementara itu rumah tersebut juga dipenuhi dengan lipas dan pelbagai serangga lain serta makanan busuk dan sampah yang berselerakan. -CARI
|
ADVERTISEMENT