Mengejutkan apabila Muizz Nasruddin mendedahkan sudah tiga bulan dia dan isteri tinggal berasingan. "Saya tak pernah halau dia dan sudah berkali-kali meminta dia balik tapi dia tidak mahu," katanya yang juga mendedahkan kepada Harian Metro bahawa Nadia Brian yang tinggal di rumah ibunya enggan memberi kerjasama.
Lebih mengecewakannya, Nadia memaklumkan kepada industri bahawa Muizz gagal menyediakan kehidupan dimahukannya. "Perkongsian di Instagram sebelum ini memang benar. Saya dihina, dihalau, dikhianati dan dianiaya. Saya ada bukti yang cukup mengatakan isteri saya berlaku curang terhadap saya. "Saya ambil keputusan untuk keluarkan kenyataan sebab dia sudah berlebihan dengan memalukan saya dan tidak menghormati saya sebagai suami serta keluarga saya," katanya. Sementara itu, Nadia bagaimanapun memilih untuk membisu dan memohon doa orang ramai supaya rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun itu kembali pulih.
“Saya mohon doakan yang baik-baik buat kami. Saya tidak suka berkongsi hal peribadi di media sosial. Apa yang Muizz nak cakap, tak apalah. “Kami berkahwin belum sampai setahun dan proses kami kenal pun tak lama seperti pasangan lain. “Ibu saya juga ada pesan supaya tidak mengaibkan sesiapa. Saya tak nak ulas panjang sebab isu ini terlalu peribadi, bimbang timbul fitnah,” katanya. Sebaliknya, Nadia mendakwa kontroversi rumah tangganya hanya masalah kecil dan ada isu dunia lebih penting untuk diberi perhatian seperti Covid-19. Bukan seorang, namun Nadia didedahkan suaminya bermain kayu tiga dengan dua lelaki! Pun begitu, Muizz akui masih menyayangi isteri, namun pasrah dengan apa yang berlaku pada rumah tangganya sejak kebelakangan ini. “Lagipun, siapa yang mahu berkahwin dan mengharapkan terjadi hal sebaliknya. Saya reda dengan ketentuannya. Allah maha mengetahui,” katanya dalam kiriman WhatsApp kepada Gempak pada Rabu. Walaupun membuat pendedahan itu, Muizz menegaskan tiada niat membuka aib sesiapa, sebaliknya hanya mahu kebenaran dan haknya sebagai suami ditegakkan. "Mereka di luar boleh anggap apa apa sahaja kerana yang melaluinya hanya kami. “Jika dia boleh bertindak jauh sebegini dan tidak menghormati saya serta keluarga, kebenaran perlu ditegakkan," ujarnya. Lebih memedihkan, kecurangan Nadia diketahuinya daripada orang luar. - CARI
|
matbad replied at 8-10-2020 09:54 AM
Nak cantik dapat cantik je la. Kamu terlalu baik utk dia. Klise sgt kann
ADVERTISEMENT