Seorang paderi di Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan merakam aksi hubungan seks 'tiga serangkai' (threesome) di atas altar gerejanya. Paderi Katolik Reverend Travis Clark dari Pearl River, Louisiana terbabit kantoi melakukan hubungan tidak senonoh itu apabila seorang individu menyedari lampu yang masih menyala dan masuk untuk memeriksa di dalam geraja berkenaan.
Saksi berkenaan mendakwa melihat paderi itu sedang berhubungan intim dengan dua wanita memakai korset dan but tumit tinggi. Malah, salah seorang wanita berkenaan merupakan bintang porno. Menurut laporan Daily Star, ketika kejadian sistem pencahayaan panggung dan mainan seks diletakkan di atas altar itu manakala telefon pintar dipasang pada tripod sedang merakam aksi panas mereka. Difahamkan, saksi merakam perbuatan mereka sebelum menghubungi polis pada 30 September. Susulan itu, polis menahan Reverend Clark, Melissa Cheng, 23, dan Mindy Dixon, 41, pada 1 Oktober serte mendakwa mereka melakukan aksi lucah.
Kedua-dua wanita itu dilaporkan mengakui berada di gereja berkenaan untuk melakukan aksi "roleplay" dengan paderi tersebut. Sementara itu, Nola.com melaporkan, Mindy yang juga bintang porno memuat naik status di media sosial sehari sebelum ke New Orleans untuk bertemu seorang lagi dominatrix (wanita yang mengambil peranan dominan dalam hubungan sadomasokistik) untuk "mencemari rumah Tuhan". Ketiga-tiga mereka berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga tiga tahun jika sabit kesalahan aksi lucah di tempat awam. - CARI
|
Decaffeinated replied at 9-10-2020 03:18 PM
Dah lama takde thread paderi. Rindu.
krustykrab replied at 9-10-2020 03:47 PM
Ingatkn paderi takbuat keje2 mcm tu...
saviour_09 replied at 9-10-2020 04:18 PM
walaweh ko paderi
seleraaaaa lain macam
ADVERTISEMENT