Viral di Twitter mengenai suatu peraturan yang khabarnya disukai kaum Adam. Tweet itu mendapat lebih 30k ulang kicau dan lebih 1700 komen. Menurut Wan Yusri, apabila makan di rumah ibu saudaranya, ibu saudaranya akan membuat peraturan seperti berikut. Tambah Wan Yusri lagi, tatkala golongan lelaki sedang makan, kaum perempuan akan sentiasa bersiap sedia melayan kaum lelaki keluarga itu - menambah nasi atau mengisi air dalam gelas yang hampir habis atau kosong.
Usai kaum lelaki selesai makan, barulah kaum wanita akan makan. Menurut beliau, perkara seumpamanya tidak relevan lagi masa kini kerana sekiranya ia wujud ia akan menyusahkan para isteri. Ianya demikian kerana pada zaman kini para isteri lazimnya turut keluar bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup berbanding dengan zaman dahulu di mana hanya kaum suami keluar mencari sesuap nasi. Maka sebagai penghargaan isteri dan anak-anak perempuan akan menyediakan hidangan yang lazat serta layanan yang baik terhadap pengorbanan mereka. Pelbagai faktor seperti perubahan zaman, ekonomi, pendidikan membuatkan budaya yang dipraktikkan sejak turun temurun tidak lagi relevan walau pada pandangan sesetengah yang lain dirasakan adat itu baik. Pada masa kini adalah lebih baik anak lelaki dan para suami turut terlibat dalam pengurusan rumah tangga kerana ia turut dianjurkan dalam syarak. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan Akhi Fairuz. Namun apapun adatnya selagi mendapat persetujuan kedua belah pihak serta tidak melanggar hukum syarak, anda berhak meneruskannya seperti kata pepatah lain padang lain belalangnya. -CARI |
ADVERTISEMENT