CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Soft Porn' Ditonton Budak Sekolah, Youtuber Minta Maaf Tapi Tak Padam Pun

19-10-2020 08:16 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19382| Komen: 41|Original author: Oleh: Cari-Azza



Setahun lalu, kita digemparkan dengan kontroversi Youtuber membuat video 'soft porn' hingga mendapat kecaman ramai pihak. Akhirnya, video tersebut diturunkan dan dia meminta maaf.

Tahun ini pula, seorang lagi Youtuber seakan-akan mencari jalan pintas untuk popular dengan mengetengahkan video 'soft porn' untuk tayangan umum.

Justeru itu, Senator Dewan Negara, Ustazah Asmak Husin menggesa ibu bapa memantau gajet anak-anak, dibimbangi terpengaruh dengan video mencolok mata ini.


Foto : Twitter


Dengan memaparkan cerita yang kebanyakannya berunsurkan sek*, boleh dikatakan pelakon perempuan semuanya menayangkan dada, beraksi gatal serta pelakon lelaki yang menuturkan bahasa lucah.

Maka, menjadi tanggungjawab kita membendung video sebegini daripada terus menular di media sosial kerana aksi sumbangnya melebihi pengajaran kecil di hujung cerita.

Oleh itu, Ustazah Asmak meminta semua pihak bersatu hati bagi melaporkan video sebegini kepada pihak berkuasa.


Foto : Twitter

Lebih mengejutkan adalah bukan sahaja aksi 'soft porn' dipersembahkan untuk tontonan umum, malah rupa-rupanya jalan cerita juga tidak asli dan ditiru daripada video Youtuber Amerika Syarikat (AS).


Foto : Twitter

Penceramah budak sekolah, Akhi Jengka turut mengutarakan isu sama dan Youtuber tersebut telah pun meminta maaf serta menyatakan kekesalannya dengan apa yang telah berlaku.


Foto : Twitter

Permohonan maaf telah pun dibuat, tetapi tiada tindakan untuk menurunkan video tersebut. Maklumlah ianya adalah sumber pendapatan mereka.

Jadi, apa yang harus kita lakukan? Berdiam diri sambil menyaksikan budak sekolah terus melayan perasaan atau melaporkannya dan mereka akan kehilangan jutaan tontonan? - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 19-10-2020 08:40 AM
Salahkan makpaklah biar anak ngan gadget main phone 24 jam. X pantau lansung. Content soft porn ni bukan boleh kawal pon. Makpak ni yg patut kita kawal jgn bagi beranak. Sbb celaka2 ni semua tau komplen je x reti jaga anak.
Quote pxlbb 19-10-2020 08:52 AM
ye baik puan, jangan bagi anak2 main hp langsung dan diharamkan buka youtube, dan kita boleh biarkan soft porn ni membiak sampai jadi hard porn. senang keje iols x payah subscribe ponhab.
Quote Catpaw 19-10-2020 09:25 AM
Elokla report, merosakkan budak2 muda je, nanti jadi pemimpin perangai entah hapa2 je feel
Quote AbukRokok 19-10-2020 09:48 AM
thx ustazah
dah lama videoya  xtau pun
hari ni dah tau  bertambahlah viewer kpd 2.5 juta
Quote beloomberk 19-10-2020 10:29 AM
Bodoh gila content ammar nazhan ni. Tgk thumbnail pon dh mcm apa ja. Bila budak2 tgk content mcm ni, mula la ada yg meniru sbb dorg anggap bnda tu normal. Sgguh2 x sihat.
Quote husna_amal 19-10-2020 10:45 AM
Kalau youtube hentikan bayar gaji kat youtubers ni kan bagus. Ramai sangat nak jadi youtubers sekarang ni. Sampai letak konten tak sepatutnya demi subs dan viewers.
Quote Hizert 19-10-2020 11:01 AM
Video lama dah ni, aku ingat ada yang baru. Eloklah report pon.
Quote awanysss 19-10-2020 11:04 AM
aku dah lama perasan video mamat ni sentiasa trending kat youtube..
tajuk mcm nak menginsafkan tapi mcm bodoh..
aku teringat satu video yg aku tgk, ppuan tu boyfriend dia ugut nak sebarkan gambar mesra dorang, pastu masa dia jumpa ugut2 tu, ppuan tu boleh jumpa laki tu pakai short skirt denim dengan baju putih kecik je, bahu ngan dada terpampang mcm tu.. mmg sengaja..
pada aku, kalau tahu laki tu buat kau jd pemuas nafsu, tutup la sikit.. ni sengaja menduga pastu acah insaf..
bodoh budak ni.. pastu bg alasan talent2 dia yg nak pakai camtu.. talent2 dia pelacur ke apa ntah..
Quote Lagubestbest 19-10-2020 11:23 AM
saya nak air yang keras sikit boleh?
Okey, maksud awak air kosong?
Ehm
Quote nuril86 19-10-2020 11:54 AM
awanysss replied at 19-10-2020 03:04 AM
aku dah lama perasan video mamat ni sentiasa trending kat youtube..
tajuk mcm nak menginsafkan tapi ...

jadi idola BBNU tu dia ni... pelapis producer soft porn mungkin.... minta maaf je tp x delete pon video dia... maklumla payment lebih  masyuk... kena kecam pon duit ttp masyukk...
Quote Normabaru 19-10-2020 11:55 AM
Jap.. Lesen youtube xde. MCMC ni xblh regulate lgsg ke.. If xnk regulate kenakan denda.. Bodoh betul..tu pon xblh fikir
Quote Normabaru 19-10-2020 12:08 PM
awanysss replied at 19-10-2020 11:04 AM
aku dah lama perasan video mamat ni sentiasa trending kat youtube..
tajuk mcm nak menginsafkan tapi ...

Gigih ckp idea sendiri.. Nmpk sgt otak kuning lendir hanyir.. Parent dia xmalu ke

Parent bdk2 talent tu pon sama.. Otak letak kat tapak kaki ke.. Ke sama layan tgk ketek mcm nk tersembul salah saiz pakai baju tu
Quote dudaberhias 19-10-2020 12:17 PM
jap2 bukan ke ada youtube for kids?
ustazah tu tak celik IT so kena  salahkan youtuber lah yer?
Quote dudaberhias 19-10-2020 12:19 PM
video2 wax pukis, wax nonek jejantan, jejanta buat ritual bogel di afrika, cikkis bali pakai kain batik dada terdedah semua ada kat youtube tu, kalau youtuber melayu delete video2 deorang tu pun ujung2 boleh je budak2 tu cari video dari omputih pulak....

ko la jangan bengap sangat bagi anak gadget... kalau ye pun download la youtube for kids...

hidup ni nak survive jangan jadi bengap dan tak up to date dengan teknologi.
Quote whadda 19-10-2020 01:02 PM
bukan video soft porn camni je.. video2 yang keluar skrip kuat mencarut pon patut di ban.. memang a big no video2 camni.. aku monitor melalui daily history je dari fon aku.. mane yang aku tak berkenan aku report!!

mane yang cakap parents bengap jangan bagi youtube tu tunggu ko ade anak nanti.. helloooo... sekarang ni banyak online classes dan one of the channels to teach is using youtube.. all the materials are in the video babe.. but why youtube bukan youtube kids?? tunggu ko ade anak nanti ye dek!!
Quote bungamelurindah 19-10-2020 01:28 PM
betul, aku dah tgk video2 ammar nazhan nie, tolong la ni saham akhirat kau juga ammar, buat la video yg berfaedah, membawa kebaikan, aku tgk pun malu, rase mcm video kau semua takde manfaat pun. Cari la keberkatan dalam rezeki tu, rezeki ALLAH tu luas
Quote awanysss 19-10-2020 02:14 PM
nuril86 replied at 19-10-2020 11:54 AM
jadi idola BBNU tu dia ni... pelapis producer soft porn mungkin.... minta maaf je tp x delete pon  ...

aku tak tahu la budak2 BBNU ni masa depan dorang macam mana..
zaman kite influencer semua sheikh muzaphar, dr amalina.. semua yg berotak..
budak2 skrg ni berotak jugak, tp otak kuning je lebih.. IQ dinilai pd followers ig and subscriber youtube..
tu belum yg promote spm tak penting tu..
Quote awanysss 19-10-2020 02:15 PM
Normabaru replied at 19-10-2020 12:08 PM
Gigih ckp idea sendiri.. Nmpk sgt otak kuning lendir hanyir.. Parent dia xmalu ke

Parent bdk2  ...

aku rasa talent2 dia mmh jenis bitchy.. bukan jenis talent2 yg berbakat..
sbb tu tak fikir panjang jual maruah camtu je..
Quote Boomibulat 19-10-2020 02:23 PM
Saya x tau kewujudan video2 ni..hari ni dh tau dan akan tengok sekali lalu..bukan ape takut ni semua fitnah je

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.071316 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top