CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penggal Kepala Isteri, Letak Depan Pintu Rumah Kekasih Gelap

19-10-2020 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3057| Komen: 11

Dalam satu kejadian mengejutkan, seorang wanita dipenggal suami dan kepalanya diletak di hadapan pintu rumah lelaki didakwa kekasih gelapnya.

The News Minute melaporkan, wanita Telangana itu dibunuh dengan kejam oleh suaminya menggunakan kapak sebelum dipenggal di rumah mereka di kampung Anantasagar di daerah Medak pada Rabu lalu.



Gambar hiasan

Jurru Sayilu kemudian membawa kepala Anushamma, 35, ke Narayankhed di daerah Sangareddy iaitu sekitar lima kilometer dari rumah mereka dan meletakkannya di hadapan pintu rumah seorang lelaki disyaki berhubungan intim dengan isterinya.

Inspektor Ravinder Reddy berkata, Sayilu sering bertengkar dengan Anushamma berhubung hal ini.

Kemuncaknya pada Rabu, Sayilu yang bertengkar dengan isterinya hilang pertimbangan sebelum membunuh dan memenggal kepala mangsa.

Manakala, mayat tanpa kepala mangsa dicampak ke kawasan semak berhampiran rumahnya.


Selepas membawa kepala isterinya ke rumah lelaki terbabit, suspek kemudian menyerah diri di balai polis. - CARI
1

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 19-10-2020 01:59 PM
Psiko
Quote insulin 19-10-2020 02:01 PM
Apa agaknya yang boleh merubah keadaan India ni ya? Pendidikan ke?
Quote mbhcsf 19-10-2020 02:15 PM
stamped, sealed, delivered and DIRECT to the point , habis....hmm...ambik
Quote bloodyamuk 19-10-2020 02:20 PM
insulin: Apa agaknya yang boleh merubah keadaan India ni ya? Pendidikan ke?


nak ubah 1billion manusia yang diperintah dengan pegangan ugama hindusm dan budaya diorang tu....hurmmmmmmmmmmmm

pendek kata, kita bako je ha ha ha
Quote husna_amal 19-10-2020 03:26 PM
India ni terlalu extream jenayah dia.
Quote any42 19-10-2020 03:53 PM
skndal wife xdibunuh pula. dgn prmpuan je brani ttak penggal kepala. nyawa perempuan mmg xde nilai kt sana ye
Quote Burong_Hantuk 19-10-2020 04:00 PM
mental......
Quote Tinot7 19-10-2020 05:18 PM
takziah kpd keluarga minah tu...
tapi kat sana, ni dikira sbg honor killing, kan?
Quote Crystars 19-10-2020 05:22 PM
Knp xcerai jerr, cari pompuan lain kan senang x payah tunggu tali gantung, lagipun dowry tu pompuan yg bayar kan so ko dpt duit pastu tebas kepala sukati
Quote syamzana 19-10-2020 05:48 PM
extreme sgguh
Quote cadarblogsot 19-10-2020 06:15 PM
bloodyamuk replied at 19-10-2020 02:20 PM
nak ubah 1billion manusia yang diperintah dengan pegangan ugama hindusm dan budaya diorang tu... ...

Apsal pulak kat negara India sana jenayah melampau.. sebab bnyak makan kari ke

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.052206 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top