Tiz Zaqyah bengang bila ada pengguna media sosial yang tak tahu malu menghantar gambar lucah kepadanya.
Kata pelakon ini dia terkejut apabila menerima gambar anu lelaki. "Itu video saya tengah memasak tu. Kau bayangkan adik, kakak atau anak kau menerima gangguan sebegini. Kau diam je ke? "Tak tahulah akaun palsu ke apa ke. Ramai sangat orang macam ni. "Jadi? Sekat dan abaikan, lepas tu boleh saya tahu apa akan jadi kepada mereka? "Masih bernafas udara yang sama dan menikmati kehidupan dengan bebas pada masa sama masih memburu wanita lain pula. Takkan senang sangat kot?" katanya melalui Instagram.
Tiz menambah apa yang disuarakan adalah untuk mewakili wanita-wanita yang tertindas dengan sikap jelik segelintir lelaki. "Aku minta maaf post gambar tu. Aku nak korang rasa apa aku dan ramai lagi perempuan kat luar sana rasa. "Bukannya setahun dua di media sosial dan berapa lama lagi kita hanya mampu menyekat akaun sebegini dan berharap tiada perkara buruk terjadi pada hari mendatang? "Kenapa perempuan selalu kena berdepan perkara menjijikkan ini manakala pelakunya diam dan hidup bersenang-lenang ibaratnya mereka berhak? "Aku pun taknak kecoh-kecoh, tapi berapa lama lagi kena hadap benda macam ni? Senangnya hidup kau." Kongsi Tiz lagi, pernah ada antara kru produksi yang dibuang kerja gara-gra menyorok di dalam bilik tempat artis menyalin pakaian. "Nasib baik tak kena kepala paip kat kepala. Habis tu? "Dorang kat media sosial ni? Seronok sangat, semua lepas. Naik kepalalah kan." Marah benar nampaknya Tiz Zaqyah. -CARI
|
dudaberhias replied at 20-10-2020 12:58 PM
tu pun nak bising... bukannya luak pun orang hantar gambar macamtu...
dapat gambar anu ni normal la ...
dudaberhias replied at 20-10-2020 12:58 PM
tu pun nak bising... bukannya luak pun orang hantar gambar macamtu...
dapat gambar anu ni normal la ...
ADVERTISEMENT