Seorang wanita di Nusa Tenggara Timur tergamak menikam bayinya yang baru berusia tiga bulan dengan pisau. Mangsa dilaporkan dibunuh ketika sedang tidur.
Kompas menyatakan, ketika kejadian bapanya sedang asyik bermain daun terup dan selepas menyedari apa yang berlaku dia segera membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun Jurucakap Polis Ende, Laurensius berkata, bayi berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah. "Ketika mangsa nyenyak tidur, suspek mengambil pisau dari dapur kemudian menikam anaknya itu. "Siasatan awal mendapati tindakan itu berpunca kerana suspek mengalami tekanan perasaan berikutan masalah ekonomi keluarga.
"Tekanan perasaan dialami suspek itu juga ada kaitannya dengan suaminya yang hanya bekerja sebagai pemandu ojek." Suspek sudah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. -CARI |
ketika kejadian bapanya sedang asyik bermain daun terup
ADVERTISEMENT