Polis menahan seorang aktres bersama rakannya yang berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada 18 Oktober lalu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan tangkapan itu dibuat sebaik pihaknya menerima maklumat selepas melihat hantaran di Instagram aktres berkenaan pada 3.14 petang semalam.
"Kami melihat ada satu gambar dimuat naik pada hantaran itu yang memaparkan dua wanita sedang berbasikal. "Gambar itu diambil secara swafoto oleh pemilik akaun berkenaan yang juga artis wanita terbabit berusia 29 tahun. "Berdasarkan gambar berkenaan, kami mengesyaki pemilik akaun berkenaan merentas negeri tanpa kebenaran polis," katanya. Menurut hasil siasatan awal, dua sahabat itu bergerak dari rumah di Dutamas sebelum meletakkan kereta di sebuah restoran berhampiran Hospital Orang Asli Gombak pada 7.45 pagi dan berbasikal melalui jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 8.30 pagi.
"Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke Kuala Lumpur. "Kedua-dua wanita terbabit ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 8 malam tadi sebelum dibebaskan dengan jamin polis," katanya. Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 8) 2020. Menurut Hot fm, aktres dikatakan itu ialah Bella Dally. - CARI
|
tagas replied at 21-10-2020 11:20 AM
thread da ade
bella si anak dali
Modngengade replied at 21-10-2020 12:18 PM
Kuala Lumpur elakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di se ...
ADVERTISEMENT