Wanita dari Brazil menikam anaknya hingga maut selepas mangsa melihat dia membawa pulang teman lelaki ke rumah. Daily Star melaporkan, Lucivania Lopes menikam Jose Carlos Da Silva Junior, 21, di dada selepas mangsa menyerang teman lelakinya itu.
Difahamkan, suspek, 37, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 22 tahun itu di rumahnya di Mutunopolis, Mutunopolis pada malam Jumaat lalu. Ketua Polis Andre Medeiros berkata, ketika kejadian, wanita itu dan teman lelakinya sedang minum alkohol apabila mangsa yang tinggal bersama neneknya pulang ke rumah melihat mereka berdua-duaan sebelum berlaku pergelutan. Mengakui membunuh anaknya, Lucivania bagaimanapun mendakwa melakukannya bagi mempertahankan diri selepas mangsa mengamuk dan menyerang teman lelakinya.
"Wanita itu cuba meleraikan, namun dia juga turut diserang mangsa yang hilang pertimbangan sebelum mengambil pisau untuk mempertahankan diri menyebabkan dia tidak sengaja menikam anaknya," katanya. Menurut media tempatan, mangsa yang ditemui penduduk tempatan dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia sehari kemudian. Wanita itu ditahan di tempat kejadian sebaik polis menerima laporan daripada penduduk manakala kekasihnya melarikan diri. Lucivania berdepan hukuman penjara 30 tahun, jika didapati bersalah melakukan pembunuhan itu. - CARI
|
chinta89 replied at 21-10-2020 04:20 PM
anak mati
pakwe pun lari
TomyamPuteh replied at 22-10-2020 08:51 PM
@Kurex dh tgk blom muka ank dia? X smpt nk bersemoga la nmpknya
ADVERTISEMENT