Wanita berusia 31 tahun nekad mencekik tiga anak perempuannya hingga maut kerana khuatir bekas suami akan mengambil anak-anaknya. Difahamkan, suspek bimbang tidak dapat bertemu lagi dengan anak-anaknya jika mereka tinggal dengan bekas suaminya itu.
Mangsa berusia sembilan tahun, tiga tahun dan lapan bulan itu ditemui di sebuah flat di daerah Donaustadt, Vienna di Austria. Polis melancarkan siasatan sebaik menerima panggilan daripada suspek pada petang Sabtu lalu yang mengaku membunuh anak-anaknya dan mahu membunuh diri, lapor Reuters dipetik Mirror. Ketika ditahan di rumahnya, suspek dilaporkan mengalami cedera ringan manakala anak sulungnya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, doktor gagal menyelamatkan mangsa dan hasil siasatan awal mendapati tiga beradik itu meninggal dunia akibat kelemasan.
Akhbar tempatan melaporkan, wanita itu telah bercerai dan mahkamah memerintahkannya supaya tidak mendekati keluarga termasuk anak-anaknya berkuat kuasa hujung September lalu. Dia yang khuatir tidak dapat bertemu anak-anaknya lagi bertindak di luar kawalan dengan mencekik mangsa. Difahamkan, suspek mengalami masalah kesihatan mental sejak melahirkan anak bongsunya. - CARI Difahamkan, suspek bimbang tidak dapat bertemu lagi dengan anak-anaknya jika mereka tinggal dengan bekas suaminya itu. Mangsa berusia sembilan tahun, tiga tahun dan lapan bulan itu ditemui di sebuah flat di daerah Donaustadt, Vienna di Austria. Polis melancarkan siasatan sebaik menerima panggilan daripada suspek pada petang Sabtu lalu yang mengaku membunuh anak-anaknya dan mahu membunuh diri, lapor Reuters dipetik Mirror. Ketika ditahan di rumahnya, suspek dilaporkan mengalami cedera ringan manakala anak sulungnya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, doktor gagal menyelamatkan mangsa dan hasil siasatan awal mendapati tiga beradik itu meninggal dunia akibat kelemasan. Akhbar tempatan melaporkan, wanita itu telah bercerai dan mahkamah memerintahkannya supaya tidak mendekati keluarga termasuk anak-anaknya berkuat kuasa hujung September lalu. Dia yang khuatir tidak dapat bertemu anak-anaknya lagi bertindak di luar kawalan dengan mencekik mangsa. Difahamkan, suspek mengalami masalah kesihatan mental sejak melahirkan anak bongsunya. - CARI
|
dua_chzy replied at 21-10-2020 06:43 PM
Takpa. Terus mssuk syurga. Bukan best pun hidup di dunia.
Cumikucingku replied at 21-10-2020 10:19 PM
setuju dgn sis...
biarla budak2 tu dok syurga...
Qaseemah replied at 21-10-2020 08:35 PM
Biasanya kes yg mak2 bunuh ank ni depa mengidap penyakit postpartum psychosis depression. Biasa depr ...
ADVERTISEMENT