Ain Edruce dikatakan hamil selepas dia memuat naik satu video menari di Instagram. Kata pengikutnya, dah nampak baby bump.
Namun Ain enggan mengesahkan dia hamil atau tidak.
"Saya taknak komen apa-apa lagi. Namun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan baik- baik buat saya dan suami. Sampai masanya, saya akan berkongsi. Sekarang fokus saya masih lagi pada kerja. Alhamdulillah, rezeki saya makin bertambah selepas berumah tangga," katanya kepada Harian Metro. Ain kata dia dan suami memang mengimpikan untuk memiliki anak.
Sementara itu ada juga yang memberi komen negatif, mendakwa dia suka menari terkinja-kinja di depan kamera. "Saya selesa hanya dikelilingi aura positif. Jadi, benda-benda yang negatif seperti komen ditulis dengan bahasa kurang manis, memang saya tak layan. Saya tak mahu rasa tertekan. Siapa tak sedih apabila membaca komen-komen yang kesat. Jadi, tidak mahu fikiran saya terganggu dan sakit hati, maka abaikan saja. Biarkanlah mereka dengan komen-komen itu," tambahnya. Jika benar hamil tahniahlah ya. Kalau tak, berusaha bersungguh-sungguh lagi. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|