Dia buat hal lagi. Jika sebelum ini, laman Facebook nan satu ini pernah mengiklankan produk dengan cara tidak beretika seperti sindir badan (body shaming) terhadap individu berkulit gelap, menggunakan ular dalam video mereka dan pelbagai lagi, kini mereka sekali lagi menempah kontroversi apabila mempromosikan produk dengan fakta salah. Terbaru, FB berkenaan mempromosikan pemutih gigi yang didakwa boleh membuang karang gigi. Itu masih tidak mengapa, tetapi apabila jurucakap ini menunjukkan demonstrasi menggunakan pemutih gigi bagi memadam dakwat pen marker, ianya menimbulkan rasa jelik dalam kalangan warganet. Manakan tidak, menyamakan karang gigi dengan pen marker yang diconteng di pinggan terlalu melampau! Langsung tidak sama! Mengapa begitu sekali?
Dengan membandingkan tiga pemutih gigi (termasuk ubat gigi) dari pelbagai jenama, ianya mampu mengundang mereka yang berfikiran pendek untuk membeli, apabila melihat kesan begitu pantas. Namun, bukankah ini juga dikategorikan sebagai penipuan? . Malah, saranan jurucakap yang meminta menggunakan pemutih giginya berbanding membersihkan gigi (scaling) di klinik juga dianggap tidak wajar. Ini kerana antara pemutih gigi dan 'scaling' sangat lah jauh berbeza. Mengapa perlu membandingkan dua benda yang berlainan? Lebih menarik, ianya menjadi bahan jenaka dalam kalangan warganet dengan menyatakan, ini sebenarnya iklan pemadam pen marker kekal, bukannya penghapus karang gigi! |
URUHA replied at 23-10-2020 12:33 PM
Tak takot ka gigi terhakis sbb guna produk pemutih gigi? Elok2 ada gigi kang x pasal2 gigi mereput : ...
SalenaGomez replied at 23-10-2020 12:56 PM
Gigi terhakis 1 hal...pastu gusi ko, dinding dlm mulut lagi, lidah sume mesti ada affect kan...pas ...
ADVERTISEMENT