Enggan terus membiarkan namanya terus busuk difitnah terbabit skandal pelacuran yang dikaitkan dengan kegiatan Macau Scam, Chacha Maembong membuat laporan polis selepas mendapatkan nasihat peguamnya.
Pemilik nama Siti Aisyah Ismail, 24, menegaskan laporan itu dibuat untuk menghentikan fitnah yang berleluasa terhadapnya mengenai aktiviti terbabit. Laporan polis bertarikh 20 Oktober itu dikongsikan menerusi Instagramnya semalam. "Saya juga akan bekerjasama dengan pihak SPRM dan polis jika dipangil untuk memberikan kerjasama dan saya juga akan mengambil tindakan kepada individu yang telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut," tulisnya.
|
ADVERTISEMENT