Baru sahaja keluar penjara dua hari, seorang lelaki dari Makassar, Sulawesi Selatan menjadi buruan polis lagi selepas mengelar isteri dan ibu bapa mentuanya.
Mangsa adalah isterinya, Selfi, 30, dan ibu bapa mentuanya iaitu Alimuddin, 62, dan Salma, 60. Ketiga-tiga mereka ditemui berlumuran darah dan kini kritikal di hospital. Detik News melaporkan kejadian berlaku pada sekitar jam 12.40 tengah hari. Jurucakap polis di Panakkukang Ahmad Halim berkata, "Kejadian berlaku di rumah mangsa di wilayah Panakkukang, Kota Makassar jam 12.40 tengah hari ketika penduduk sekitar menunaikan solat Jumaat.
"Mangsa dilaporkan kritikal dan kami masih menunggu laporan daripada hospital berikutan ada mengatakan mangsa sudah meninggal dunia." Polis masih menyiasat motif serangan. "Belum tahu motifnya, suspek baru dua hari keluar dari penjara berikutan terbabit kes pembunuhan di Jeneponto." Pihak berkuasa sedang memburu suspek. -CARI
|
ADVERTISEMENT