Nampaknya
setelah dikaitkan dengan jalan cerita yang sama dengan drama dari luar
negara, drama rantaian, Hati Yang Tersakiti kini berdepan dengan
satu lagi masalah. Walaupun pelakon utama Slot Samarinda ini, Nad Zainal menegaskan jalan ceritanya tidak meniru drama rantaian popular Korea, World of The Married, namun dengan pendedahan ini, ianya seperti terpaksa menjilat ludah sendiri. Bukan sahaja posternya yang ditiru, tetapi juga jalan cerita yang hampir sama. Ia turut dipersetujui oleh netizen lain dengan menyatakan bukan ini caranya untuk mengangkat martabat drama-drama Melayu. Wah! Sangat hampir sama. Nampaknya produksi filem perlu lebih kreatif menghasilkan karya yang asli kerana peminat sekarang makin cerdik. - CARI |
ADVERTISEMENT