Mungkin ramai yang tahu atau pun meneka bahawa pembangunan di bandaraya Kuala Lumpur dan bandar lain adalah daripada pinjaman daripada negara luar seperti China dan Jepun. Namun tidak ramai tahu impak daripada pinjaman tersebut yang kadar faedahnya meningkat setiap tahun. Sementelah lagi, apabila Youtuber, Nas Daily yang terkenal dengan kupasan isu semasa dunia mengkritik 'Perangkap Wang China' lalu menyebut Malaysia sebagai negara yang tergadai tanahnya, ia menimbulkan implikasi besar.
Tumpuan utama terhadap negara Sri Lanka yang meminjam berbilion dollar untuk membangunkan negara mereka seperti bangunan pencakar langit, lebuhraya, lapangan terbang dan pelabuhan. Namun setelah beberapa tahun berlalu, Sri Lanka tidak mempunyai wang untuk membayar hutang dan kadar faedah hingga mengakibatkan negaranya 'tergadai' atau dalam erti kata lain, Sri Lanka 'ditadbir' oleh China. Tidak hanya Sri Lanka, Nas Daily juga menyenaraikan sembilan negara lain yang turut sama dibelenggu masalah sama iaitu Papua New Guinea, Maldives, Pakistan, Laos, Kazakstan, Mongolia, Mesir, Kenya, Afrika Selatan dan negara kita, Malaysia. Lebih memalukan apabila tiada negara Asia Tenggara lain tersenarai di dalam kategori peminjam tegar negara China. Mengapa begitu? Bagaimanapun, warganet tidak hanya berdiam diri, masing-masing mempertahankan bahawa Malaysia tidak dimiliki oleh negara China dan komen itu sebenarnya berat sebelah. Jadi, ia mungkin benar dan mungkin juga tidak benar. Diharapkan Malaysia masih baik-baik walaupun dalam suasana politik yang tidak stabil dan pandemik yang belum selesai. Kita masih belum menang. - CARI |
Zeatyisaac replied at 25-10-2020 11:06 AM
Maka berhati-hatilah Malaysia. Apapun niat Nas ni, kita sebagai rakyat lebih mengetahui melalui mata ...
Zeatyisaac replied at 25-10-2020 11:06 AM
Maka berhati-hatilah Malaysia. Apapun niat Nas ni, kita sebagai rakyat lebih mengetahui melalui mata ...
star_karat replied at 25-10-2020 11:47 AM
Tulisan MANDARIN besar2 kat pintu masuk JB dari Singapore tu apa pulak? Tulis melayu english langsun ...
MissVixen replied at 25-10-2020 11:57 AM
Memang patut berhati hati dengan china. Tengoklah kalau projek prc, sebesar alam tulisan cina, peker ...
ADVERTISEMENT