Nonny Nadirah, 31, menerusi hantaran terbaru di Instagram mengesahkan hubungannya dengan Niezam Zaidi sudah terlerai. Justeru, majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya dilangsungkan dalam masa terdekat, sepakat dibatalkan. Nonny bagaimanapun memohon maaf kepada media kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu. Dalam masa sama, dia memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka berdua. "Setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.
"Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya. "Kepada rakan media, maaf saya tak dapat nak get back dengan anda semua. Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham," tulisnya. - CARI
|
Themilo replied at 26-10-2020 11:15 AM
kalau tak @Kurex , mesti @dudaberhias yang jadi orang ketiga..
caprut replied at 26-10-2020 10:54 AM
Hnsem nizam zaidi ni. Ada ciri2 nakal
ADVERTISEMENT