CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Biadab! Fahmi Reza Dikecam Lagi, Lukis Gambar DG Hisham Dalam Mangkuk Tandas

27-10-2020 03:31 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 10428| Komen: 82|Original author: Oleh: rikuren


Keterlaluan! Seorang pereka grafik tempatan, Fahmi Reza dikecam netizen selepas memuat naik satu lukisan yang memaparkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan di dalam mangkuk tandas.


Loading FB Post...

Khabarnya, lukisan 'Please use the toilet' adalah reaksi kepada ciapan DG Hisham di laman Twitter apabila seorang rakyat Malaysia bertanya kepada beliau mengenai ahli politik yang tidak mengikut SOP dengan mengambil peribahasa 'kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'.




Ciapan itu dibalas ringkas oleh DG Hisham dengan meminta mereka untuk menggunakan tandas. Sejak itu, segelintir netizen yang tidak memahami kiasan mula menyerang DG Hisham.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah kerana Fahmi Reza seolah tidak menghormati petugas barisan hadapan yang sedang bertarung nyawa ketika ini berjuang melawan COVID-19.


Kredit foto: Facebook Fahmi Reza

Untuk rekod, Fahmi Reza sebelum ini pernah didakwa beberapa kali di mahkamah kerana memuat naik lukisan yang menghina ahli politik termasuk menghina bekas Perdana Menteri, Najib Razak serta ahli kumpulan KPOP terkenal BTS.

Lukisan karikatur kadangkala tidak menggambarkan situasi sebenar dan boleh membawa pelbagai maksud tertentu secara artistik. Apapun, kebebasan bersuara jangan disalah guna. - CARI

Bagus
6

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 26-10-2020 04:20 PM
attention seeker si tua ni.. eloknya kepala dia tu dihumban dalam lubang jamban..
Quote ellez 26-10-2020 04:30 PM
Ramai manusia biadap skrg ni..
Semoga dapat dibasmi suatu hari nti
Quote mehmet 26-10-2020 04:35 PM
Kalau tak suka, tutup lah TV.

Patut jamban kan property agent sms wa property. Mana lah agents laknat dapat no. sms kindly blabla.

Quote Suchi 26-10-2020 04:36 PM
Masa kuar lukisan yg pertama tu memang rasa eh kau nihh, bila tengok lukisan sebelah tu adakah dia nak kata pemimpin/ahli politik tak heran pun dengan nasihat DG tu

Quote Modngengade 26-10-2020 04:36 PM
apa masalah dia ye?
Quote caprut 26-10-2020 04:37 PM
mehmet replied at 26-10-2020 04:35 PM
Kalau tak suka, tutup lah TV.

Patut jamban kan property agent sms wa property. Mana lah agents la ...

Agent property ni ko nk sruh dorg stop ckp je anggaran rumah nk dlm 100k. Kjer cleaner. Tgok dorg layan lg x. Kalau dorg call ko lg, mesti dorg trlupa dia da kol ko. Skrg property agent ggih mencari org. Hrga runah tk trun2 pon
Quote Orix 26-10-2020 04:41 PM
Edited by Orix at 26-10-2020 04:43 PM

entah laaa... iols pn da hilang respect sikit dkt DG Hisham sejak2 menteri2 langgar SOP x ikut SOP, mybe bukan tggungjawab dia utk tegur menteri2 bangang tu, tapi dia reply tweet mcm tu mmg mengundang la.... tp lukisan tu a bit too much
Quote doubleA 26-10-2020 04:49 PM
Apa sumbangan fahmi ni pada negara??
Quote dua_chzy 26-10-2020 04:53 PM
DG Hisham ni pun kemahen marah marhaen awal PKP dulu tanak ikut SOP bagai tapi bila muntri2 buat menda sama, krik krik pula heols. Selayaknya ditoiletkan. Dan Abah kan yang tekan kapla DG tu masuk jamban?
Quote kemaruk 26-10-2020 04:57 PM
Fahmi si punk tua anti establishment ni dulu hero macai sebab dia lukis muka najib macam badut
Quote Skuau 26-10-2020 05:01 PM
ada kuasa lebih tinggi drp dia(DG)..kenapa tak tanya terus kpd orang tu?
Quote Skuau 26-10-2020 05:03 PM
Ayam ph x perlu buat apa2...ckup sekadar senyum dr jauh jer....
Quote Abam_Leh 26-10-2020 05:11 PM
Useless person , abaikan  



Quote MissYouSayang 26-10-2020 05:12 PM
Orix replied at 26-10-2020 04:41 PM
entah laaa... iols pn da hilang respect sikit dkt DG Hisham sejak2 menteri2 langgar SOP x ikut SOP,  ...

i ada baca dkt twitter, dg ni pro bn suatu ketika dlu .sbb tu la zmn ph, dia nmpk sugul & xmesra ph.lantikan dg pun zmn najib, so phm2 je la nape dia backup menteri bn/pn ....waallahualam
Quote dudaberhias 26-10-2020 05:15 PM
dia ni dari haritu lagi memang attention seeker...
ye la seni tak laku... nak jual tepi jalan dekat central market takde orang nak beli..
orang local memang tak beli seni2 pelukis kertu macam dia ni... pelancong je selalunya...


so he has to do it the other way agitu
Quote palmolive 26-10-2020 05:21 PM
budak2 kalo tantrum elok tenang2..
kalo dh tua2 perangai budak elok penampar jek
Quote lattehazelnut 26-10-2020 05:28 PM
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1298695727136876&id=355397264800065&anchor_composer=false
Quote Belibis 26-10-2020 05:53 PM
dua_chzy replied at 26-10-2020 04:53 PM
DG Hisham ni pun kemahen marah marhaen awal PKP dulu tanak ikut SOP bagai tapi bila muntri2 buat men ...

Dah dia pun makan gaji,menteri bukan boleh ditegur2.
Quote dua_chzy 26-10-2020 05:55 PM
Belibis replied at 26-10-2020 05:53 PM
Dah dia pun makan gaji,menteri bukan boleh ditegur2.

Tu la. Faham juga, memang kesian tapi sebab muntri2/politikus ni cam siak, kemarahan rakyat memuncak sampai ke DG pun kena. Whatudu.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054080 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top