CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Ibu Bapa, Nenek Dan Adik Sebab Takut Kantoi 'Ditendang Universiti'

27-10-2020 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6888| Komen: 37

Lelaki membunuh empat ahli keluarganya bagi mengelak penipuannya terkantoi.

Mirror melaporkan, Menhaz Zaman, 24, membunuh ibunya, Momotaz Begum, 50, bapanya, Moniruz Zaman, 59, adik perempuannya, Malesa Zaman, 21, dan neneknya berusia 70 tahun, Firoza Begum pada Julai tahun lalu.



Kredit foto: Mirror

Lelaki dari Markham, Kanada membunuh mangsa sehari sebelum dia kononnya menerima ijazah kejuruteraan dari Universiti York.

Hakikatnya, suspek hanya menghabiskan masa di pusat beli-belah, gim dan bermain permainan video selepas 'ditendang' dari universiti akibat gagal dalam pengajiannya.

Dalam keterangannya di mahkamah, selepas melakukan pembunuhan itu dia mengirim pesanan ringkas kepada rakan-rakan di laman sosial dengan mengatakan dia telah merancangnya selama tiga tahun.

Rakan-rakan yang terkejut dengan kiriman teks itu melaporkannya kepada polis yang kemudian menemui mayat kesemua mangsa di rumah keluarga bekernaan.


Bulan lepas, Zaman mengaku bersalah melakukan pembunuhan darjah dua terhadap ibunya dan pembunuhan darjah pertama terhadap nenek, adik serta bapanya.


Kredit foto: Mirror

Katanya kepada polis, dia membunuh ibunya sekitar jam 3 petang pada 27 Julai 2019 sebelum membunuh neneknya sejam kemudian dengan mengelar leher kedua-dua mangsa.

Dia kemudian bermain permainan video dan tidur sekejap sementara menunggu adik dan bapanya pulang dari kerja.

Ketika perbicaraan mahkamah dalam talian pada Isnin, peguam Kevin Stewart memaklumkan hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa itu dihentak di kepala dipercayai menggunakan tuil besi sebelum mengelar leher bapa dan adiknya.

Zaman berdepan hukuman penjara 100 tahun jika didapati bersalah.

Pendakwa dan pihak pembelaan mencadangkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang pembebasan bersyarat selama 40 tahun bagi keempat-empat pembunuhan itu iaitu 15 tahun bagi pembunuhan ibunya dan 25 tahun bagi pembunuhan tiga mangsa lain dan hukuman dijalankan serentak.

Mahkamah menetapkan 2 November sebagai tarikh jatuh hukum.  - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Pyakmola


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 27-10-2020 06:52 PM
gile kau ni. x layak hidup
Quote crossline 27-10-2020 06:52 PM
Rupa mcm melayu sikit2. Dah tertekan sgt kot living in a lie.
Quote Burong_Hantuk 27-10-2020 07:18 PM
Deeyyyy.....kao nih lebih Hina daripada binatang...
Quote batusembilan 27-10-2020 07:24 PM
mungkin akibat terpengaruh dgn permainan video yg dia ketagih
Quote namr 27-10-2020 07:41 PM
Dh bunuh selamba main game
Quote TomyamPuteh 27-10-2020 07:41 PM
Mana lg best? Kantoi study ke kantoi membunuh?
Quote tumpanglalu74 27-10-2020 07:43 PM
crossline replied at 27-10-2020 06:52 PM
Rupa mcm melayu sikit2. Dah tertekan sgt kot living in a lie.

Aku keturunan kelen.  Engkau tu racist pade melayu..

Quote dudaberhias 27-10-2020 07:47 PM
rasanya tekanan, dengan bil hutang belajar lagi!
sape nak bayar khennn takkan mak bapak dia nak tanggung dia main game selama2nya
Quote sarah82 27-10-2020 07:58 PM
Gilaaaaa la.. Dasar anak tak guna.
Quote Yunbin 27-10-2020 08:21 PM
Dia ni psycho teruk
Quote crossline 27-10-2020 08:26 PM
Edited by crossline at 27-10-2020 08:35 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2020 07:43 PM
Aku keturunan kelen.  Engkau tu racist pade melayu..


Amboiiiii sedapnya budi bahasa, siap highlight "Hotak kau" ye.... Sikit2 racist, sikit2 racist, kau tu yg hati hitam asik nak pikir org racist je, ke ko tu yg racist kat melayu? Patutlah perangai pun saiko mcm pembunuh ni, sama keturunan rupanya... Nah ambik nak sgt tuduh aku racist kan?! Kau gi main fb je lah kalau nak merempam mcm ni.
Quote tumpanglalu74 27-10-2020 08:35 PM
crossline replied at 27-10-2020 08:26 PM
Amboiiiii sedapnya budi bahasa, siap highlight "Hotak kau" ye.... Sikit2 racist, sikit2 racist,  ...

Sume nak tudoh melayu..
Quote crossline 27-10-2020 08:40 PM
Edited by crossline at 27-10-2020 08:43 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2020 08:35 PM
Sume nak tudoh melayu..


Bijak sgt kau ni, nak triggered bagai....aku kata rupa dia mcm melayu sbab kawan aku ada muka sikit2 mcm si saiko tu lah pandai.... Tgk adik ppuan yg kena bunuh tu pada pandangan mata kero aku ni pun mcm melayu gak, cantik kot. Ko gi cekap kat psy je lah esok, masalah otak ko truk tahap tak boleh bawak bincang.
Quote tumpanglalu74 27-10-2020 08:43 PM
crossline replied at 27-10-2020 08:40 PM
Bijak sgt kau ni, nak triggered bagai....aku kata rupa dia mcm melayu sbab kawan aku ada muka siki ...

Otak ko tu yang rosak..
Quote angelofish 27-10-2020 08:45 PM
dah migrate ke kanada pon tetap tak berubah...
Quote crossline 27-10-2020 08:47 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2020 08:43 PM
Otak ko tu yang rosak..

Pakcik /makcik main lah word kaler2 & bold mcm budak2 puas2 ye. Cikgu saya kata " dont argue with stupid people" tatatititutu
Quote tumpanglalu74 27-10-2020 08:48 PM
crossline replied at 27-10-2020 08:47 PM
Pakcik /makcik main lah word kaler2 & bold mcm budak2 puas2 ye. Cikgu saya kata " dont argue with  ...

I will stop arguing with U..  Tatatititutu..
Quote Nes3in1 27-10-2020 08:50 PM
Kelakar pulak baca komentar hari inniy.
Quote crossline 27-10-2020 08:51 PM
Edited by crossline at 27-10-2020 08:54 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2020 08:48 PM
I will stop arguing with U..  Tatatititutu..


Btw,ko ada harapan nak jadi psy mcm pembunuh ni, maklum le keturunan sama kan... bawak2 lah gi berubat ke, gi hospital cari wad psikiatri tau... Goodluck, all the best!

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062120 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top