Kerinduan ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne terubat apabila arwah muncul dalam mimpinya selepas 44 hari meninggal dunia. Menerusi perkongsian ibunya, Nur Syakinah Abdullah di Facebook, dia meluahkan kesyukuran apabila dipertemukan dalam mimpi dengan Sandra.
"Tepat 44 hari, akhirnya kakak datang juga dalam mimpi mama.Terima kasih nak, mama takkan lupa ciuman yang mama berikan pada kakak dan pelukan tangan kakak memeluk erat badan mama. "Ia seperti tanda daripada kamu yang memberitahu kamu baik-baik, dan sampai masanya mama pandang ke depan dan berhenti meratapi pemergianmu. Mama akan terus merindui kamu dan bersemadilah dengan tenang bidadariku. Al Fatihah," tulisnya.
Sebelum ini Syakinah kata dia seolah-olah berasakan Sandra ada tawaran menyanyi di tempat yang jauh dan lambat lagi nak balik ke rumah. "Kadang-kadang mama melihat telefon menunggu WhatsApp kakak masuk. Baca semula perbualan kita yang lama, dengar nota suara kakak pada mama, orang takkan mengerti apa perasaan yang mama lalui saat ini. "Susah untuk mama bangkit semula dari kesedihan ini kakak. Berat mama pun semakin hari makin turun daripada 52 kilogram (kg) mendadak turun ke 46kg. Setiap malam, selama 40 hari juga mama tidur bertemankan air mata," tambahnya. Ibunya itu akan sentiasa dan tidak akan pernah lupa mendoakan kesejahteraan Sandra yang meninggal dunia disebabkan kemalangan pada 5 September lepas. -CARI
|
sarah82 replied at 28-10-2020 01:21 PM
rindu pada org yg dah pergi menghadap Ilahi ni, rindu yg tak ada penghjungnya...semog makcik ni taba ...
awenda507 replied at 28-10-2020 01:28 PM
Betul tu kak sarah. Makin lama hilang tu makin kuat rindu. Alfatihah buat sandra. Moga mamanya kua ...
sarah82: rindu pada org yg dah pergi menghadap Ilahi ni, rindu yg tak ada penghjungnya...semog makcik ni tabah hadapi kehilangan anak beliau.
lavendernovella replied at 28-10-2020 01:30 PM
Mmg .... sakit sedih tu lain mcm sgt. Tak hilang...
Kadang ada masa happy2 gelak2 tapi dalam h ...
sarah82 replied at 28-10-2020 01:21 PM
rindu pada org yg dah pergi menghadap Ilahi ni, rindu yg tak ada penghjungnya...semog makcik ni taba ...
Nham22 replied at 28-10-2020 02:03 PM
Kesal. Pada. Kerinduan..
sarah82 replied at 28-10-2020 01:58 PM
betul...dari luar org tgk iols relax saja...dlm hati...iols sedih sebab kehilangan arwah tok
ADVERTISEMENT