Terdapat beberapa mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos-mitos tersebut? Kanser serviks atau juga dikenali dengan nama barah pangkal rahim merupakan kanser kedua terbanyak berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara. Di Malaysia, terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini dan dianggarkan lebih kurang 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk menghidap kanser ini. Justeru, pelbagai usaha untuk menyebarkan kesedaran mengenainya dilakukan termasuklah ‘membetulkan’ mitos-mitos yang sering kedengaran, terutamanya berkenaan kanser serviks. Apa itu kanser serviks?Kanser serviks berlaku apabila terdapat sel yang berubah dalam serviks seseorang wanita, yang menghubungkan rahim dengan faraj. Kanser ini mampu mempengaruhi tisu serviks yang lebih dalam dan boleh merebak ke bahagian badan pesakit yang lain (metastasize), seperti paru-paru, hati, pundi kencing, faraj, dan rektum. Selain itu, punca barah ini kebanyakannya disebabkan oleh human papillomavirus (HPV), yang mana sebenarnya boleh dicegah dengan bantuan vaksin. Penting untuk anda fahami, kanser pangkal rahim membiak dengan perlahan, maka jika berjaya dikenal pasti pada peringkat awal, ia dapat dirawat sebelum bertambah parah. Berita baiknya, hari demi hari jumlah wanita yang terkorban akibat kanser ini dilihat semakin berkurangan dengan bantuan kemajuan ujian Pap smear. Justeru, apakah mitos-mitos yang berlegar dalam kalangan masyarakat mengenai kanser serviks? Mitos-mitos kanser serviks
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mitos yang sering diperkatakan berkaitan kanser ini dan cara yang betul untuk melindungi diri serta insan tersayang, teruskan membaca ya! Mitos #1: Saya perlu lakukan ujian Pap smear setiap tahunSekiranya ujian Pap smear dan ujian HPV anda normal, tiada keperluan untuk anda menjalani ujian Pap pada setiap tahun. Pakar mengesyorkan garis panduan pemeriksaan kanser serviks berikut untuk wanita dengan keputusan ujian Pap dan HPV yang normal:
Mitos #2: Wanita dengan barah serviks tidak mampu hamilApabila seorang wanita didapati menghidap kanser serviks, rejimen rawatannya adalah histerektomi dan kemoterapi atau radiasi yang menyebabkan terciptanya mitos tersebut. Namun, terdapat pilihan lebih baharu yang masih boleh membiarkan seseorang wanita memiliki zuriat sekiranya barah serviks dapat dikesan pada peringkat awal dan berisiko rendah. Sebagai contoh, tujuan utama conservative surgery adalah untuk memelihara kesuburan. Tetapi jika pesakit harus menjalani kemoterapi atau radiasi, mereka disarankan untuk membekukan telur atau embrio terlebih dahulu. Mitos #3: Kanser serviks adalah penyakit keturunan keluargaWalaupun kenyataan di atas ada benarnya, hanya 10% sahaja barah yang bersifat keturunan dan kanser serviks bukan salah satu daripadanya. Seperti yang dijelaskan, kanser ini disebabkan oleh HPV, jadi cara terbaik untuk memastikan anak-anak anda tidak mendapatkannya adalah dengan memastikan mereka mengambil vaksin HPV. Bagaimana pula bagi golongan yang sudah berusia yang tidak mendapat kemudahan vaksin? Sekiranya anda sudah terlalu tua untuk menerima vaksin HPV, pastikan anda menjalani ujian Pap smear secara berkala seperti yang disarankan doktor untuk mengesan sebarang risiko kanser. Vaksin untuk mencegah HPV dihasilkan pertama kali oleh para penyelidik Ian Frazer dan Jian Zhou di University of Queensland pada tahun 1991. Ia kemudian dipatenkan di Amerika Syarikat, dan diperkenalkan sebagai taktik untuk memerangi penyebaran jangkitan HPV oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC). Hari ini CDC mengesyorkan agar vaksin diberikan kepada gadis-gadis dan kanak-kanak lelaki berusia 11 atau 12 tahun agar mereka akan dapat dilindungi sebelum terdedah dengan HPV. Mitos #4: Saya tidak perlu menjalani pemeriksaan kerana tidak mengalami sebarang gejalaUjian saringan dilakukan bertujuan untuk mencari perkara yang tidak normal pada individu sihat yang tidak mengalami sebarang gejala. Apabila terdapat simptom-simptom tertentu pula, ujian diagnostik dilakukan untuk mengetahui punca gejala tersebut. Bagi kanser pangkal rahim, wanita dengan sel serviks yang tidak normal seringkali tidak mengalami sebarang gejala. Tetapi, sel tidak normal ini masih dapat dikesan melalui pemeriksaan dan sudah tentu, para wanita tidak seharusnya menunggu sehingga gejala muncul untuk diperiksa, dikhuatiri sudah terlambat. Bukan itu sahaja, jika anda mengalami pendarahan yang tidak dapat dijelaskan, usah tunggu lagi! Segera berjumpa dengan doktor. Mitos #5: Jangkitan HPV tidak biasa berlakuMitos ini terbukti salah kerana jangkitan HPV sering berlaku dan merupakan faktor risiko utama untuk menghidap barah serviks. Ia mampu disebarkan melalui sentuhan kulit ke kulit dan cecair daripada tubuh. Dalam kebanyakan kes, segelintir individu sukar untuk menyedari bahawa mereka menghidap HPV kerana tidak mengalami sebarang simptom. Bagi para wanita, mereka seringkali hanya akan mengetahui telah dijangkiti HPV ketika ujian saringan kembali positif. Kesimpulannya, anda tidak perlu tunggu sehingga timbul gejala baru hendak berjumpa pakar. Cara terbaik adalah dengan mengambil langkah pencegahan awal, iaitu mendapatkan suntikan HPV. Sumber ; hellodoktor.com |
helicornia: nak cari pasangan hati2 la takut ada hpv tak pasal dpt kanser serviks
Scheherazade replied at 6-11-2020 01:05 PM
Good info tt. Thx for sharing
I wonder if those yg unmarried, possibility nk dpt kanser n ...
ADVERTISEMENT