CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peluru Sesat Tembusi Kepala Kanak-kanak Ketika Buat Kerja Sekolah

30-10-2020 11:20 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3741| Komen: 7|Original author: Oleh: LilRose

Malang nasib kanak-kanak perempuan ditembak peluru sesat ketika menyiapkan kerja sekolah di ruang tamu rumahnya.

Metro melaporkan, kejadian berlaku di Chicago itu menyebabkan Timiya Andrews, 8, bergantung pada mesin sokongan hayat sebelum meninggal dunia pada Rabu iaitu enam hari selepas peluru sesat itu menembusi kepalanya.



Kredit foto: CBS2

Ketika kejadian, seorang lelaki bersenjata berdiri di seberang rumahnya dan melepaskan 16 tembakan dengan satu peluru menembusi sisi rumah mangsa dan mengenai kepalanya.

Polis percaya peluru itu tersasar mengenai objek lain sebelum terkena kepala mangsa secara tidak sengaja.

Timiya dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Comer University of Chicago sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas enam hari dirawat di unit rawatan intensif (ICU).

Siasatan giat dijalankan, namun tiada sebarang petunjuk dan suspek belum dikesan.


Mereka tidak percaya penembakan itu disasarkan, dan ketika ini sedang berusaha untuk mengetahui sekiranya penembak itu meninggalkan kawasan itu dengan kereta atau berjalan kaki.

Ganjaran ASD10,000 (RM41,585) ditawarkan untuk sebarang maklumat hingga membawa kepada penangkapan pembunuh Timiya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-10-2020 11:26 AM
Tgk gambar berpixel, ingatkab Melayu
Quote Belibis 30-10-2020 12:58 PM
Muka nak sama dengan kanak2 dibunuh semasa beli jajan ..
Quote ultra78 30-10-2020 01:23 PM
Firasat mengatakan penembak pun african american jugak.
Quote Tinot7 30-10-2020 01:33 PM
Takziah kpd keluarga.. harap penembak itu dibawa ke muka pengadilan
Quote mamajawie 30-10-2020 04:43 PM
Belibis replied at 30-10-2020 12:58 PM
Muka nak sama dengan kanak2 dibunuh semasa beli jajan ..

tau xpe..ingatkan berita yg sama..hmmm..tetiba rasa syukur Malaysia masih aman..

Quote husna_amal 2-11-2020 10:49 AM
US ni yang patut digelarkan pengganas. Mudah sangat dapat senjata. Banyak sangat kes tembakan rawak dan kes tembak menembak ni.
Quote LautBiru52 2-11-2020 11:38 AM
husna_amal replied at 2-11-2020 10:49 AM
US ni yang patut digelarkan pengganas. Mudah sangat dapat senjata. Banyak sangat kes tembakan rawak  ...

Betul tu. Mudah sangat dapat beli pistol tu macam beli mainan je. Dah la ramai yg tak betul. Ada hati nak kata negara islam ni negara pengganas

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071944 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top