Wanita hamil membunuh ibu mentua selepas dituduh menjalin hubungan sulit dengan bapa mentuanya. Nikita Agrawal, 29, didakwa memukul ibu mentuanya dengan batang besi hingga kepalanya pecah sebelum cuba membakar mayat mangsa bagi menghilangkan jejak pada Selasa.
Mirror melaporkan, polis percaya suspek membunuh Rekha Agrawal, 52, selepas mangsa menuduhnya menjalin hubungan sulit dengan suaminya hingga hamil. Suami Nikita, Dipak bergegas pulang ke rumah di Gota, Gujarat, India selepas bapanya memaklumkan berlaku pergaduhan di rumah mereka. Difahamkan, isteri dan ibunya sering bertengkar sejak dia berkahwin pada Januari lalu. Menurut laporan, Dipak memanjat tangga untuk masuk ke rumah melalui tingkap selepas diberitahu isterinya bahawa dia terkunci di bilik tidur.
Sebaik masuk ke bilik itu, dia mendapati ibunya terbaring berlumuran darah dan sebahagian tubuhnya terbakar. Dia juga menemui batang besi berhampiran tubuh ibunya sebelum melihat isterinya terduduk di bilik itu sambil berulang kali mengatakan bahawa dia tidak membunuh ibunya. Dipak kemudian menghubungi polis sebelum isterinya hamil empat bulan ditahan dan didakwa melakukan pembunuhan. - CARI
|
Suchi replied at 31-10-2020 12:34 PM
Eh umur 29 rupanya gambar bawah lain gambo pakai mask nampak muda skit
watachiwa replied at 31-10-2020 11:41 AM
menantu pompuan dgn mak mertua ni mmg hubungan x sihat ye. igt ummah melayu je selalu ade bitter rel ...
batmana replied at 31-10-2020 12:43 PM
tak semua, jiran aku cina, elok je smpai cucu cicit duk 1 rumah, hormat mentua/menantu bagai..
batmana replied at 31-10-2020 12:43 PM
tak semua, jiran aku cina, elok je smpai cucu cicit duk 1 rumah, hormat mentua/menantu bagai..
batmana replied at 31-10-2020 12:43 PM
tak semua, jiran aku cina, elok je smpai cucu cicit duk 1 rumah, hormat mentua/menantu bagai..
Potpouri replied at 31-10-2020 01:08 PM
Tulah. Aku rasa cina okay kot duk serumah, senang jaga anak cucu semua sebab suami isteri bekerja. ...
Cintakapuri replied at 31-10-2020 12:41 PM
Gambo bawah tu mak mentua sis
batmana replied at 31-10-2020 12:43 PM
tak semua, jiran aku cina, elok je smpai cucu cicit duk 1 rumah, hormat mentua/menantu bagai..
CocoCily replied at 31-10-2020 12:53 PM
Chinese memang suka duduk sekali bergenerasi. Jiran2 i pun macamtu. To say aman-aman saja, we do ...
ADVERTISEMENT