CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyedihkan, Pelajar Kita Mati Dicekik Di Taiwan, Mayat Ditemui Di Lereng Gunung

1-11-2020 11:51 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13296| Komen: 71|Original author: Oleh: Cari-Azza




Berita menyedihkan apabila seorang pelajar kita yang menuntut di Universiti Tainan, Taiwan dicekik hingga mati lalu mayatnya dibuang ke pergunungan Kaohsiung.


Menurut Badan Berita Pusat (CNA) Taiwan seperti  dilaporkan Bernama, polis menahan seorang lelaki pada malam Khamis lalu kerana disyaki mengakibatkan kematian pelajar Malaysia.


Kredit foto: CNA

Lelaki berkenaan kemudiannya mengaku mencekik pelajar wanita berusia 24 tahun terbabit hingga mati dengan tali panjang dan membuang mayatnya di pergunungan Kaohsiung.


"Berdasarkan bukti yang ditemui, suspek dipercayai menculik gadis berkenaan selepas jam 8 malam Rabu, iaitu kali terakhir dia dilihat masih hidup."


Polis mengesahkan pentadbiran universiti melaporkan kehilangan pelajar berkenaan kepada pegawai imigresen pada Khamis.


Selepas Jabatan Polis Kota Tainan diberitahu mengenai kes berkenaan, penyiasat menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa berjalan di sepanjang jalan di daerah Gueiren, dekat dengan jalan tol kereta api pada 8 malam, sebelum hilang dari pandangan.


Kredit foto: Taiwan News


Pencarian di kawasan itu menemukan kasut yang kemudiannya disahkan milik mangsa, sekali gus menyebabkan polis percaya dia diculik di daerah terbabit.


Polis kemudiannya menumpukan siasatan terhadap kereta yang didapati mempunyai kesan darah dan seluar dalam wanita. Nombor pendaftaran kenderaan terbabit membantu polis mengesan suspek berusia 28 tahun terbabit.


Foto : The Genesis Time


Tidak lama selepas pengakuannya, polis menemui mayat mangsa di lereng bukit di Kaohsiung.


Menurut siasatan awal, polis mengatakan mangsa tidak mengenali suspek. Kes terbabit diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Daerah Ciaotou di Kaohsiung untuk siasatan lanjut.


Kredit foto: CNA

Sementara itu, menurut The Star, keluarga mangsa akan dibenarkan terbang ke Taiwan menerusi kawalan ketat dan dijamin oleh Pusat Pengawalan Wabak Tarfiwan (CECC). Mereka tidak akan melalui kuarantin selama 14 hari seperti prosedur biasa, tetapi akan menjalani saringan Covid-19 setiap tiga hari. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 1-11-2020 11:56 AM
Allah kesiannya kuarge mangsa
Quote djzara81 1-11-2020 12:09 PM
I hope justice will be served. Condolence to the girl’s family.
Quote mbhcsf 1-11-2020 12:11 PM
Edited by mbhcsf at 1-11-2020 12:12 PM

apa motif ye? Lee Rang? Imoogi?
Quote Skuau 1-11-2020 12:11 PM
mengapa lelaki itu berbuat demikian????
Quote kemaruk 1-11-2020 12:12 PM
Skuau replied at 1-11-2020 12:11 PM
mengapa lelaki itu berbuat demikian????

Kurang siuman

Quote mbhcsf 1-11-2020 12:13 PM

i think so...
Quote Skuau 1-11-2020 12:14 PM
kemaruk replied at 1-11-2020 12:12 PM
Kurang siuman

Takutnya...sb kang ada ore upah ore kurang siuman bunuh orng(pengaruh citer omputeh...kihkih).
Quote sarah82 1-11-2020 12:26 PM
Kejam. Kot.. Kesian ahli keluarga.
Quote misc 1-11-2020 12:30 PM
Kena culik dan bunuh secara random mcm ni naya betul.
Quote kelapaparut 1-11-2020 12:34 PM
teringat kisah pembunuhan Canny Ong oleh lelaki melayu itu yg kne rogol pastu kne campak mayatnya dlm longkang, pembunuhan noorsuzaily mokhtar oleh pemandu bas melayu dlm bas ekspress..
Quote zehra2 1-11-2020 12:39 PM
Edited by zehra2 at 1-11-2020 12:41 PM
mbhcsf replied at 1-11-2020 12:11 PM
apa motif ye? Lee Rang? Imoogi?


mintak tolong kat lee yeon. immogi tu mkn org la. byk tgk drama.

takziah kpd family.. jauh nk dtg. kna plak masa covid ni
Quote harisbee 1-11-2020 12:49 PM
kelapaparut replied at 1-11-2020 12:34 PM
teringat kisah pembunuhan Canny Ong oleh lelaki melayu itu yg kne rogol pastu kne campak mayatnya dl ...

Apa sebenarnya nak kata..melayu byk pembunuh ke?
Quote monreyes 1-11-2020 12:54 PM
dia ingat bunuh foreigner ni senang nak lupus kot...
Quote kelapaparut 1-11-2020 12:55 PM
harisbee replied at 1-11-2020 12:49 PM
Apa sebenarnya nak kata..melayu byk pembunuh ke?

ehh..xperasan i tulis mcm tu, india pun ramai gak rogol2 bunuh ni mcm berite2 biase dr india, kalu cine jrg sbb dieorg mudah dpt sex, pastu dieorg xbrp nak bunuh org tp biase bunuh diri, so tiap2 bangse ade masalah masing2
Quote orenmango 1-11-2020 12:57 PM
Takziah kepada keluarga mendiang.  Nasib baik kerajaan Taiwan ada infrastruktur dan sistem yang membantu kepada penemuan dan penangkapan.
Quote dua_chzy 1-11-2020 12:58 PM
orenmango replied at 1-11-2020 12:57 PM
Takziah kepada keluarga mendiang.  Nasib baik kerajaan Taiwan ada infrastruktur dan sistem yang memb ...

Dah sampai masa, tanahair keluar dari kemunduran wujudkan bank DNA.
Quote sukacactus 1-11-2020 01:05 PM
Kesian, xpasal2 terjumpa org gila jd gini
Quote HYSB 1-11-2020 01:11 PM
Kesiannye nasib dia tak baik
Quote helicornia 1-11-2020 01:35 PM
mesti this girl chinese kan.yg biasa belajar kt taiwan ni chinese la

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070092 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top