"Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di Facebook. Saya juga tiada sebarang akaun di Twitter." Jarang pelawak Jep Sepahtu nampak serius di media sosial. Namun, kali ini dalam hantaran terbaharunya, Jep memohon netizen tidak mudah tertipu dengan akaun menggunakan namanya dan menyamar seolah-olah dirinya yang berinteraksi di situ.
Rentetan itu, Jep turut memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk berhenti daripada membuat akaun palsu dengan menggunakan nama dan wajahnya di media sosial atau jika berterusan, dia akan bertindak.
Menurut Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin, 35, dia
tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada
individu yang cuba memperdaya orang ramai menggunakan identitinya.
"Saya mohon apa sahaja akaun yang menggunakan nama saya tolong padam
sebelum tindakan diambil. Kalau surat dah sampai maaf je lah ya."
Tidak cukup dengan itu, hantaran terbaharu Jep turut meluahkan kekesalan apabila isterinya, Sari Yanti turut menjadi mangsa penyamaran akaun palsu ini. Justeru itu, Jep memohon agar pemilik akaun palsu tersebut memadam media sosial itu atau dia akan mengambil tindakan. - CARI |
ADVERTISEMENT